Utama Celebrity News Gong Yoo Rupanya Penakut, Sering Gentar Bila Bersama Zombi Semasa Penggambaran ‘Train...

Gong Yoo Rupanya Penakut, Sering Gentar Bila Bersama Zombi Semasa Penggambaran ‘Train To Busan’

Semua pasti ingat dengan filem Korea yang menggemparkan seluruh dunia pada tahun 2016. Daripada kurang orang menonton filem daripada negara tersebut sehingga ramai yang mula mempercayai kehebatan naskhah daripada sana kerana kehebatan filem itu, Filem tersebut tak lain tak bukan ialah “Train To Busan”!

Seperti mana yang anda pernah tonton, filem blockbuster itu membawa kisah seorang ayah yang sedang dalam perjalanan ke Busan bersama anak perempuannya dengan menaiki kereta api laju KTX. Siapa sangka akibat daripada serangan zombi, seluruh penumpang di dalam kereta api tersebut menjadi huru-hara dan kebanyakan mereka berubah menjadi makhluk menakutkan tersebut selepas dijangkiti virus bawaan zombi lain. Misi menyelamatkan tersebut menjadi hiba apabila watak si ayah yan dibawa oleh Gong Yoo dan seorang lelaki lain iaitu Ma Dongseok tidak dapat diselamatkan.

Kesemua penonton kagum melihat plot cerita yang dibawa selain teruja melihatkan kesemua babak tersebut yang nampak ‘real’! Kerana popularitinya, filem tersebut bakal mengeluarkan sekuelnya yang kedua dengan barisan pelakon baru pada tahun 2020.

Semasa menjadi tetamu rancangan “Lee Dongwook Wants To Talk”, Lee Dongwook sebagai pengacara telah mendedahkan bahawa lelaki kacak iaitu Gong Yoo sebenarnya takut dengan cerita seram. “Awak tak boleh tonton cerita seram kan?”. Gong Yoo tertawa dan mengiakan pernyataan itu, “Saya benci filem seram. Saya tak boleh tontonnya seorang diri.”

gong yoo lee dongwook

Lee Dongwook turut bersetuju dengan rakan baiknya itu, “Saya faham, saya juga tidak boleh menonton filem seram. Saya tidak pernah menonton filem menakutkan di panggung wayang sepanjang hidup saya.”

Mendengarkan pengakuan mereka itu, seorang lagi hos iaitu pelawak Jang Doyeon terkejut dan mengingatkan bahawa mereka berdua pernah membintangi filem bertemakan seram seperti, “Train To Busan” dan “Hell Is Other People”. Walaubagaimanapun, Lee DOngwook menjelaskan bahawa dia tidak kisah untuk melakonkan filem sedemikian sebagai seorang pelakon tetapi tidak bagi Gong Yoo.

gong yoo takut berlakon train to busan

“Semasa sedang merakamkan ‘Train To Busan’, kostum dan solekan yang digunakan nampak sangat realistik. Meskipun saya sedar bahawa solekan tersebut dipakaikan oleh orang betul dan mereka menggayakannya hanya kerana watak zombi, tetapi saya tetap berlari seperti orang gila setiap kali penggambaran berlangsung.”

Tambahnya lagi, “Kadang-kadang zombi tersebut akan mendekati saya dengan solekan yang penuh dengan darah. Sambil itu, mereka akan meminta, ‘Gong Yoo… boleh kita bergambar bersama?” Saya akan merasa sangat takut.

Tak sangka, Gong Yoo yang nampak ‘tough’ dalam “Train To Busan” sebenarnya seorang yang penakut. Comel!

Sumber: Allkpop

Loading...