Ikuti Kami:

Gong Yoo Jawab Kemungkinan Muncul Dalam Musim Kedua ‘Squid Game’

Gong Yoo Jawab Kemungkinan Muncul Dalam Musim Kedua ‘Squid Game’

Sibuk betul Gong Yoo tahu ini kan? Dari scene-stealer dalam “Squid Game” ke teraju utama hebat dalam “The Silent Sea”, wataknya itu nyata membuktikan bahawa lelaki itu merupakan pelakon yang versatil.

Menerusi sebuah temubual atas talian baru-baru ini, Gong Yoo mendedahkan sama ada dia akan muncul di dalam musim kedua “Squid Game” sementelah mencuri perhatian ramai sebagai kakitangan permainan survival itu yang bertugas mencari peserta menerusi permainan ‘ddakji’.

Saya tak pasti. Saya masih lagi berhubung dengan pengarah Hwang Dong-hyuk secara berkala namun tidak mendengar apa-apa darinya lagi.

gong yoo

Gong Yoo juga mengatakan bahawa dia menghubungi pengarah itu buat kali terakhir semasa dia sedang menjalani kuarantin selepas pulang dari Amerika Syarikat,

Saya tak tahu bagaimana ‘Squid Game’ akan diteruskan kerana tidak dihubungi olehnya mengenai drama berkenaan. Seperti sebelum ini, saya akan meneliti senario sebelum membuat apa-apa keputusan.

Harapnya Gong Yoo akan muncul kan dalam musim kedua “Squid Game”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...