Ikuti Kami:

Gong Yoo Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Siri Netflix ‘Squid Game’

Gong Yoo Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Siri Netflix ‘Squid Game’

Rindunya nak tengok Gong Yoo beraksi di hadapan kaca televisyen! Selepas meninggalkan penonton seronok dengan drama popular “Goblin”, lelaki itu masih lagi belum memilih drama baru untuk diterajui.

Bagi mengubati rindu peminat, agensi naungan Gong Yoo telah mengumumkan bahawa pelakon itu bakal membuat kemunculan istimewa dalam sebuah siri garapan Netflix bertajuk “Squid Game” yang bakal ditayangkan nanti.

Pelakon kacak itu bersetuju untuk menghiasi drama tersebut kerana mempunyai hubungan yang kuat dengan pengarahnya, Hwang Dong-hyuk yang juga merupakan pengemudi kepada filem lakonan Gong Yoo iaitu “Silenced” pada tahun 2011.

gong yoo squid game

Kalau anda nak tahu, “Squid Game” membawa kisah sekumpulan individu yang menyertai permainan survival yang menawarkan hadiah lumayan bernilai 45.6 bilion won (RM162.5 juta). Bahkan drama tersebut bakal diterajui oleh nama hebat seperti Lee Jung-jae dan Park Hae-soo.

Bukan itu sahaja, Gong Yoo turut dikhabarkan dalam pertimbangan untuk membintangi drama Netflix bertajuk “The Sea Of Silence” bersama Bae Doo-na, Lee Joon dan Lee Joon-hyuk. Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...