Ikuti Kami:

Gong Yoo & Bae Doona Sah Sertai Siri Asal Netflix ‘The Silent Sea’, Bawa Genre Thriller, Misteri & Sci-Fi

Gong Yoo & Bae Doona Sah Sertai Siri Asal Netflix ‘The Silent Sea’, Bawa Genre Thriller, Misteri & Sci-Fi

Selepas hanya mendengar khabar angin sahaja, Netflix akhirnya mengumumkan bahawa pelakon hebat iaitu Gong Yoo, Bae Doo-na dan Lee Joon disahkan bakal membarisi sebuah siri asal baru yang membawa elemen thriller misteri sci-fi.

“The Silent Sea” berlatarbelakangkan pada masa hadapan apabila bumi sudah pun menjadi seperti padang jarak padang terkukur. Ia menceritakan kisah satu pasukan khas yang ditugaskan untuk mendapatkan sampel misteri daripada stesen penyelidikan kem Balhae, sebuah pusat penyelidikan terbiar di bulan.

Gong Yoo bakal membawa watak Han Yun-jae, ketua pasukan khas tersebut yang perlu mengemudi satu misi penting dengan maklumat yang terhad. Yun-jaeialah seorang yang sanggup membahayakan dirinya bagi memastikan keselamatan ahli yang lain.

netflix the silent sea

Dari kiri: Gong Yoo, Bae Doo-na, Lee Joon

Bae Doo-na akan membawa watak Doktor Song Ji-an iaitu seorang pakar biologi astronomi, yang menyertai pasukan tersebut untuk membongkar rahsia sebenaar di sebalik peninggalan pusat penyelidikan tersebut.

Lee Joon pula bakal melakonkan watak ketua jurutera dalam pasukan khas tersebut bernama Kapten Ryu Tae-seok. Lelaki ini juga merupakan ahli elit di Menteri Pertahanan Negara yang sukarela menyertai misi tersebut bagi melarikan diri daripada suasan yang menyesakkan di kementerian tersebut.

Lagi mengujakan kerana produser eksekutif untuk “The Silent Sea” ialah pelakon popular Korea sendiri iaitu Jung Woo-sung. Jadinya, ramai yang dah tak sabar menanti untuk melihat kombinasi pelakon hebat ini dalam menjayakan drama siri asal Netflix tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...