Ikuti Kami:

Gong Yoo Akui Terima Tawaran ‘Coffee Prince’ & ‘Goblin’ Ketika Tidak Pasti Dengan Karier Lakonan

Gong Yoo Akui Terima Tawaran ‘Coffee Prince’ & ‘Goblin’ Ketika Tidak Pasti Dengan Karier Lakonan

Rasanya Gong Yoo mula menmpa nama dalam dunia lakonan Korea selepas berjaya menjiwai watai Choi Han-kyul dalam “Coffee Prince”. Bayangkan rating tertinggi hampir cecah 30%, tak peliklah kenapa drama romantik itu popular di serata Asia.

Walaubagaimanapun pelakon lelaki popular itu tidak segan mengakui bahawa drama popular yang dibintanginya ditawarkan pada ketika dia keliru dengan dirinya sebagai pelakon.

Bagi “Coffee Prince”, dia dalam dilema mahu bertapak dan menyemat namanya dalam minda penonton sebagai seorang pelakon yang bagus. Meskipun pada awalnya menolak namun tuah manusia siapa yang tahu, drama itu telah membawa karier lakonannya ke peringkat yang lebih stabil.

gong yoo

Bagi “Goblin” pula, Gong Yoo turut berada dalam situasi yang mengelirukan kerana dia bakal memasuki usia 40 tahun pada ketika itu.

Apabila musim panas, saya teringat ‘Coffee Prince’ dan bila masuk musim sejuk, saya akan terbayang ‘Goblin’.

Sebagai seorang pelakon, Gong Yoo berharap agar dia membawa pengaruh yang baik dan jikalau dia mempunyai kuasa yang besar, dia mahu menggunakan pada jalan yang baik bagi membantu ramai orang.

gong yoo

Penonton pun tak akan lupakan Gong Yoo dalam kedua-dua drama popular ini kerana ia boleh dikatakan telah memberi impak yang besar dalam hidup ramai peminat K-Drama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...