Nampaknya seorang lagi pelakon bakal menyertai latihan ketenteraan selepas Song Kang-jun.
Terbaru, agensi Gong Myung memberikan kenyataan bahawa pelakon itu akan memulakan perkhidmatannya pada 14 Disember nanti,
Hello, ini ialah Saram Entertainment.
Pelakon kami, Gong Myung akan menyertai tentera pada 14 Disember.
Sebagai warganegara Korea, kami meminta sokongan anda buat Gong Myung yang akan pulang selepas menjalankan latihan perkhidmatan ketenteraannya.
Bagi mengelakkan penyebaran COVID-19, lokasi dan masa kemasukan akan dirahsiakan. Diminta anda memahaminya,
Terima kasih.
Sekadar pengetahuan, drama “Lovers Of The Red Sky” yang diterajui oleh Gong Myung baru sahaja menamatkan tayangannya.
Selamat berkhidmat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.