Ada dengar tak berita Kim Yoo-jung mendapat tawaran berlakon untuk drama bersejarah baru-baru ini? Khabarnya Gong Myung juga turut menerima tawaran untuk muncul dalam drama yang sama.
Selepas khabar angin ini bertiup kencang, agensi Saram Entertainment mengesahkan bahawa pelakon lelaki tersebut ada menerima tawaran drama “Hong Chun Gi” namun masih lagi dalam perbincangan.
Drama ini bakal diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama dan turut ditulis oleh penulis yang menulis karya ‘hit’ seperti “Sungkyunkwan Scandal” dan “The Moon Embracing the Sun”. “Hong Chun Gi” ialah sebuah drama romantik fantasi yang berlatar belakangkan era Joseon di mana ia membawa kisah satu-satunya pelukis wanita iaitu Hong Chun-gi yang cantik rupawan dan sentiasa ceria. Dia juga memiliki daya ingatan yang sangat luar biasa.
Pun begitu, Ahn Hyo-seop yang dikatakan turut akan muncul dalam drama tersebut masih belum dapat dipastikan sama ada ditawarkan watak yang sama dengan Gong Myung atau pun watak yang lain.
Sama-sama kita nantikan pengesahan barisan pelakon “Hong Chun Gi” nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.