Ikuti Kami:

Gong Hyojin Pilih Kang Haneul Sebagai Pelakon Paling Sepadan Dengannya. Alasannya Kelakar!

Gong Hyojin Pilih Kang Haneul Sebagai Pelakon Paling Sepadan Dengannya. Alasannya Kelakar!

Sekarang ini, meletup sungguh drama ‘When The Camellia Blooms’! Baru sahaja ditayangkan tetapi dah berjaya cecah rating 10%. Rata-rata penonton sukakan drama ini kerana plotnya yang ringan dan tak merepek. Selain itu, mereka juga simpati melihatkan karakter Dong Baek yang dibawa oleh Gong Hyojin. Wataknya yang sentiasa menghadapi masalah serta anaknya yang sering ‘back up’ ibunya berjaya menyentuh hati penonton. Tambahan lagi, apabila watak yang dilakonkan oleh Kang Haneul iaitu Yongshik sangatlah bodoh-bodoh alang menyebabkan ramai yang terhibur!

Apabila ditanya mengenai pelakon gandingan mana yang paling padan dengannya, Gong Hyojin tanpa teragak-agak telah memilih Kang Haneul, pelakon yang sedang berlakon bersamanya dalam ‘When The Camellia Blooms’. Mesti seronok Kang Haneul apabila dipilih sebabnya pelakon yang pernah bergandingan dengan wanita itu bukan calang-calang orang, antaranya ialah Jo Jongsuk, Cha Seungwon, So Jisub, Jo Insung dan ramai lagi pelakon hebat.

jo insung, jo jongsuk, so jisub

“Saya sangat bertuah kerana sering mendapat pasangan yang baik. Banyak projek di mana saya diterima baik oleh orang ramai kerana pelakon gandingan saya.

“Tapi jika saya harus memilih gandingan terbaik, saya rasa dia adalah Kang Haneul iaitu pelakon gandingan saya untuk drama sekarang.”

kang haneul dan gong hyojin

Tapi yang kelakarnya apabila mendengar alasan disebalik pilihan Gong Hyojin itu.

“Saya sering ada masalah untuk menghafal skrip dan dia (Kang Haneul) juga mempunyai masalah yang sama. Kalau dahulu, saya selalu berasa bahawa ia adalah masalah yang besar apabila saya tidak dapat menghafal dialog.

“Tapi saya berasa lega apabila Haneul juga susah untuk menghafal dialognya.”

Betul-betul padan Gong Hyojin dan Kang Haneul, patutlah nampak keserasian mereka dalam drama ‘When The Camellia Blooms’ ini! Kepada semua peminat K-Drama yang tak tahu nak tengok cerita apa sekarang, bolehlah tengok drama ini. Senang sahaja nak tonton sebabnya ia bukan sahaja ditayangkan di saluran KBS bahkan turut ditayangkan di Netflix.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...