Gong Hyojin Dedah Pernah Tolak Skrip ‘When The Camellia Blooms’ Sebelum Bersetuju Membintanginya!

gong hyojin when the camellia blooms

Semua mesti sudah rindu dengan drama “When The Camellia Blooms” kan? Meskipun dah tutup tirainya pada minggu lepas tapi nampaknya penangan drama itu masih terasa sampai ke hari ini. Drama ini boleh dikatakan sangat hebat kerana ia berjaya memecahkan rekod dengan rating tertinggi (23.8%) untuk drama mini siri bagi tahun 2019! Wow!

Sebenarnya, kalau anda nak tahu, teraju utama “When The Camellia Blooms” iaitu Gong Hyojin yang membawa watak Dongbaek mendedahkan bahawa dia telah menolak watak ini pada mulanya.

“Semasa saya menerima tawaran watak ini, saya sedang menyiapkan diri untuk merakamkan filem “The Most Ordinary Romance”. Itu adalah betul-betul selepas tamat penggambaran untuk filem “Hit-and-Run Squad”, jadi mengikut peruntukan masa, ia adalah sedikit sukar bagi saya.”

gong hyojin when the camellia blooms

Gong Hyojin juga turut mendedahkan bahawa “When The Camellia Blooms” sepatutnya ditayangkan pada awal tahun ini dan dia menyatakan, “Saya dengar sekiranya saya bersetuju untuk menerima watak itu, penggambaran akan ditangguhkan selama beberapa bulan, sebab itu saya menolak.”

Tambahnya lagi,“Saya membaca skrip drama tersebut sehingga episod ke-4 dan ia adalah sangat menyeronokkan. Saya terus menghubungi penulis Im Sangsoon dan bertanya ‘Saya minta maaf kerana tidak dapat menerima watak ini, tetapi sekiranya awak sudah ada skrip untuk episod ke-5, bolehkah saya melihatnya?’ Itu adalah kali pertama saya bertanyakan soalan sedemikian untuk mana-mana projek.”

Semasa perbualan tersebut, penulis skrip itu berterusan cuba meyakinkan Gong Hyojin supaya menerima tawaran itu walaupun dia sebenarnya merupakan seorang yang tidak mesra dan jarang melontarkan pendapatnya. Kedua-dua Im Sangsoon dan pengarah Cha Younghoon mengatakan bahawa mereka membayangkan Gong Hyojin semasa menulis drama ini. Pelakon wanita itu turut berseloroh, “Saya pasti menyesal sekiranya saya tidak berlakon dalam drama ini.”

gong hyojin when the camellia blooms

Gong Hyojin berterusan memuji drama ini dan menjelaskan.“Saya sangat sukakan skripnya daripada mula lagi. Saya baru baca skrip episod pertama pun, saya sudah menyukainya. Saya terus membaca episod kelima, keenam dan ketujuh dan merasakan ‘Ini adalah sangat baik’. Skripnya kian menyeronokkan dan tiada satu babak pun yang tidak diperlukan. Kami asyik berkata,’Rabu sudah cukup baik, tetapi hari esok akan jadi lebih baik lagi.'”

Nasib baiklah Gong Hyojin terima juga watak Dongbaek ini, kalau tidak mesti dia menyesal. Bayangkan rating drama ini berjaya mencecah sehingga lebih daripada 20% sedangkan drama lain menggigil teruk nak dapat lebih daripada 10%!

Sumber: Soompi

Leave a Reply