Ikuti Kami:

Golongan 1% Teratas Penyanyi Korea Didedahkan Raih Pendapatan Lebih RM12.4 Juta Setahun Secara Purata

Golongan 1% Teratas Penyanyi Korea Didedahkan Raih Pendapatan Lebih RM12.4 Juta Setahun Secara Purata

Bukan biasa-biasa tahu pendapatan yang dimiliki oleh selebriti popular di Korea. Nak tahu berapa?

Pada 26 Oktober, Persatuan Cukai dan Perancangan Perhimpunan Kebangsaan mededahkan data pendapatan penyanyi di Korea Selatan daripada tahun 2014 ke 2018. Dikongsikan pada tahun 2018, 6,372 penyanyi aktif yang melaporkan pendapatan mereka kepada kerajaan.

Jumlah pendapatan mereka pada tahun 2018 telah dinilai sebanyak 409.5 bilion won (RM1.5 bilion). Bagaimanapun, kumpulan 1% teratas memiliki 53% daripada jumlah pendapatan yang dinyatakan itu. Menurut data tersebut, 63 daripada mereka mendapat 217.1 bilion won (RM800.8 juta) pada tahun itu – bermakna setiap daripada mereka membuat 3.4 bilion won (RM12.4 juta) secara puratanya.

pendapatan artis korea

Trend ini juga berlaku dalam kalangan personaliti TV di mana dikhabarkan pada tahun 2018, terdapat 18,702 individu yang memiliki pendapatan sebanyak 653.1 bilion won (RM2.4 bilion). Golongan 1% teratas pula mempunyai pendapatan sebanyak 1.73 bilion (RM6.2 juta) won untuk tahun tersebut.

Dahsyat betul pendapatan yang berjaya dimiliki oleh mereka kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...