Ikuti Kami:

“Gihun Akan Kembali” – Pengarah Sahkan Musim Kedua ‘Squid Game’ Bakal Jadi Kenyataan

“Gihun Akan Kembali” – Pengarah Sahkan Musim Kedua ‘Squid Game’ Bakal Jadi Kenyataan

Semua pastinya tidak sabar nak tengok musim kedua “Squid Game” kan?

Dalam satu acara promosi di Los Angeles buat siri itu baru-baru ini, pengarah Hwang Dong-hyuk mengesahkan bahawa sambungan “Squid Game” akan direalisasikan nanti.

Terdapat banyak permintaan dan tekanan dan kasih sayang untuk musim kedua. Sampaikan kami rasa tiada pilihan. Musim seterusnya sudah ada dalam kepala saya sekarang. Buat masa ini, saya masih dalam peringkat persediaan. Pun begitu, terlalu awal untuk memberitahu bila dan bagaimana ianya akan dihasilkan. Tapi saya boleh janjikan ini. Watak utama Gi-hun (Lee Jung-jae), akan kembali dan lakukan sesuatu buat dunia.

Walaubagaimanapun, Netflix sendiri masih belum mengesahkan sama ada mereka akan memperbaharui musim baru untuk “Squid Game”.

Dalam pada itu, “Squid Game” menjadi siri paling berjaya buat Netflix di mana ianya ditonton oleh 111 juta pelanggan dalam masa 17 hari sahaja. Malah ianya kekal di tangga pertama ranking global selama berminggu-minggu lamanya.

Excitednya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...