Ikuti Kami:

Gayakan Fesyen Wanita, G-Dragon BIG BANG Tampil Sofistikated Semasa Pertunjukan Chanel Di Paris!

Gayakan Fesyen Wanita, G-Dragon BIG BANG Tampil Sofistikated Semasa Pertunjukan Chanel Di Paris!

G-Dragon atau pun Jiyoung daripada kumpulan ‘lejen’ BIG BANG sememangnya sangat dikenali ramai kerana fesyen uniknya. Walaupun kadang-kadang sampai tak capai akal tetapi gayanya itu sering menjadi ikutan orang ramai. Sama juga apabila baru-baru ini lelaki itu tampil sebagai ‘duta rumah’ Chanel di pertunjukan “2020 Spring/Summer Haute”!

Diadakan di kota fesyen Paris, kesemua pihak media serta peminat terus menyerbu G-Dragon apabila dia muncul di khalayak ramai dengan mengenakan jaket lavender, seluar velvet berwarna ungu selain turut dipenuhi dengan aksesori. Unik kerana pakaiannya itu sebenarnya adalah merupakan fesyen wanita Chanel.

g dragon berpakaian wanita

chanel

Memang betul GD boleh menggayakan apa-apa sahaja jenis pakaian tanpa sebarag masalah! Bahkan ramai yang memuji keberaniannya untuk tampil dengan pakaian wanita tersebut.

“Dia buatkan pakaian itu sesuai untuk kedua-dua jantina.”

“Apa sahaja yang digayakannnya, bahu dia terletak elok seperti ukiran.”

g dragon berpakaian wanita

Pun begitu, ada juga ‘mulut puaka’ yang tidak senang duduk melihat penampilan uniknya itu. Kata mereka GD nampak pelik kerana bentuk tubuh badannya yang kecil dan tak macho langsung.

“Kecil betul bahunya…”

“Tiada apa yang boleh dilihat di sini, hanya badan yang kering dan pendek..”

“Dia pendek dan kecil, sebab itulah muat pakai pakaian wanita.”

Siapa yang kenal GD pasti tahu bahawa ahli kumpulan BIG BANG itu tidak endahkan langsung kritikan netizen mengenai pilihan fesyennya. Dia mempunyai jiwa yang bebas dan fesyen merupakan salah satu medium yang digunakan untuk mengekspresikan dirinya yang sebenar. Caya GD!

Sumber: Netizenbuzz, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...