Ikuti Kami:

“Gaya Rambutnya..” – Terlalu ‘Simple’, Penampilan Song Hyekyo Di Met Gala Raih Pelbagai Reaksi

“Gaya Rambutnya..” – Terlalu ‘Simple’, Penampilan Song Hyekyo Di Met Gala Raih Pelbagai Reaksi

Song Hye-kyo memang tidak dinafikan merupakan salah seorang selebriti Korea Selatan dengan kecantikan yang menawan meskipun sudah berusia 40-an kini.

Terbaru pada 2 Mei, Met Gala 2023 iaitu salah satu acara malam terbesar fesyen telah berlangsung di New York, dengan tema “Karl Lagerfeld: A Line Of Beauty” bagi menghormati mendiang pereka fesyen Jerman, yang berkhidmat sebagai pengarah kreatif Chanel dari tahun 1983.

Menarik perhatian, Song Hye-kyo yang semakin dikenali menerusi “The Glory” baru-baru ini, turut tampil di acara tersebut sebagai duta jenama mewah Fendi.

Tampil dengan gaun merah jambu panjang, penampilan pelakon wanita itu telah menerima pelbagai reaksi dari netizen Korea. Khususnya ada yang menulis,

Pakaiannya bagus tetapi gaya rambutnya membuatkan wajahnya kelihatan panjang.

 

Rambut dan solekannya tiada kaitan dengan tema. Ia buruk.

 

Bajunya kelihatan terlampau ‘simple’ untuk acara seperti ini.

song hyekyo met gala

Bagaimanapun, ada juga yang meninggalkan komen positif seperti,

Awak mengkritik tentang gaya rambutnya, tetapi mereka mencuba gaya unik kerana mereka berada di acara seperti itu.

 

Dia kelihatan menakjubkan.

 

Song Hye-kyo nampak gembira dan itu yang paling penting.

Apa pendapat korang pula?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...