Lisa BLACKPINK nampaknya sentiasa ingin mencuba penggayaan baru untuk setiap aktiviti penggambarannya.
Terbaru, Lisa telah diumumkan sebagai bintang muka hapadan untuk majalah Harper’s Bazaar Singapura edisi Mac, menampilkan gaya rambut ‘mullet’ yang unik dan tidak pernah dilihat peminat sebelum ini.
Bukan itu sahaja, ahli BLACKPINK tersebut juga tampil seksi dengan pakaian yang menampakkan bahagian dadanya, dengan gaya ‘pose’ yang tidak jauh berbeza seperti seorang model sebenar.
Apa yang menarik perhatian, ada juga yang perasan dalam satu gambar yang dikongsi, selebriti dari Thailand itu dilihat mempunyai tatu di bahagian belakang badannya, membuatkan peminat teruja!
Antara komen yang ditulis,
Lisa! Saya suka kerana dia sentiasa menukar gayanya.
Tatu?! Lisa ada tatu?!
Lisa ialah idola wanita yang saya rasa tidak akan pernah takut untuk mencuba gaya yang berbeza.
Lisa tak pernah mengecewakan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉