Ikuti Kami:

Gaya Artis K-Pop Jadi Ikutan, Ini 4 ‘Inspired Outfit’ Peminat Berhijab Boleh Cuba

Gaya Artis K-Pop Jadi Ikutan, Ini 4 ‘Inspired Outfit’ Peminat Berhijab Boleh Cuba

Ha… topik kali ini best sangat tau korang! Nak tahu kenapa? Sebab kali ini, kami akan kongsikan bagaimana korang boleh jadi seperti artis K-Pop yang korang minat!

Dalam artikel sebelum ini, kami banyak kongsikan dengan korang rutin penjagaan makanan, kecantikan, kesihatan dan macam-macam lagi mengikut artis K-Pop kegemaran ramai. Kali ini, kami nak kongsi fesyen artis-artis K-Pop yang korang boleh cuba namun masih boleh mengekalkan kreativiti atau pun taste korang sendiri dalam berfesyen.

Tapi.. mesti ada yang tak tahu mana nak cari pakaian yang hampir sama macam mereka kan? Jangan risau! Kami pun akan sediakan link untuk korang shopping nanti! Menarik tak? Jom kita tengok fesyen mana yang menjadi pilihan kami untuk kali ini!

1. Lisa BLACKPINK

Siapa lagi kalau bukan idola K-Pop yang berjaya mendominasi bukan sahaja dunia hiburan malah, dunia fesyen pun sama tau! Korang mesti dah selalu tengok macam mana Lisa sentiasa tampil elegan namun masih ada vibe classy, versatil, dan bold kan? Jadi, kalau korang pun ada taste berfesyen yang sama seperti Lisa, korang mungkin boleh cuba gaya  ini!

Untuk pemilihan pakaian ini, ia sebenarnya sesuai untuk korang tampil casual atau formal. Dalam gambar di bawah kami pamerkan contoh pemakaian yang santai, selesa dan juga sesuai untuk korang yang bertudung. Kalau korang nak nampak formal, korang hanya perlu tukar sneakers kepada heels dan juga seluar jeans kepada seluar slack. Mudah kan!

Untuk tweed jacket ini, korang boleh dapatkan di Shopee tau! Klik di SINI!

lisa

2. Jisoo BLACKPINK

Seterusnya kami nak kongsikan gaya pemakaian Ji-soo! Kalau kita tengok personaliti dan juga auranya, dia kelihatan seperti seorang yang sangat lembut, ayu dan mempunyai karakter tersendiri. Jadi, kami memilih gaya pemakaiannya yang diinspirasikan menerusi drama bersiri “SnowDrop”. Ha, korang ingat lagi tak watak Ji-soo dalam drama tu?

Pakaian Ji-soo dalam drama tersebut membawa vibe 90-an yang sangat klasik namun masih mengekalkan sofistikated dalam setiap gayanya. Gaya seperti ini sesuai untuk korang tampil kasual dan selesa. Paling cantik kalau korang cuba gaya ini waktu korang berkelah atau bersiar-siar!

Kalau korang nak dapatkan baju macam Jisoo ini, beli saja di Shopee! Klik di SINI!

jisoo

3. Seo Ye-ji

Digelar dengan panggilan “Ratu Fesyen”, fesyen dan gaya Seo Ye-ji semestinya sesuatu yang elegan dan fresh! Paling menarik perhatian adalah gaya pemakaiannya dalam drama bersiri Netflix, “It’s Okay To Not Be Okay”. Peminat K-Drama pastinya terpegun dengan setiap outfit Seo Ye-ji dalam drama tu kan? Luar biasa, elegan, bold, kreatif, dan daring merupakan antara karakter fesyen yang dibawanya setiap masa.

Untuk pemilihan fesyen Seo Ye-ji, kami kongsikan kepada anda satu gaya pemakaiannya yang unik namun boleh pamerkan sisi terbaru diri korang! Gaya seperti Seo Ye-ji ini sesuai untuk korang tampak lebih menonjol contohnya jika korang hadir ke majlis berprestij atau majlis yang melibatkan nama-nama besar. Kalau korang suka cabar diri korang dengan fesyen terbaru dan in-trend, korang boleh try gaya ini!

Nak jadi macam Seo Ye-ji? Shopee kan ada! Klik di SINI!

seo yeji

4. Jang Won-young IVE

Gadis ini pastinya tidak asing lagi dalam dunia K-Pop kan? Gaya pemakaian yang keempat, kami mengambil inspirasi daripada Won-young! Walaupun mungkin ada daripada korang yang merasakan aura Won-young ini agak daring dan seksi, tapi sebenarnya ia boleh digayakan dengan cara lebih sopan dan mampu membantu korang menaikkan keyakinan diri tau!

Bagi yang menggemari fesyen atau gaya gadis-gadis milenial, yang mana membawa aura fresh, versatil, namun masih mengekalkan aura soft dalam diri korang, korang boleh cuba gaya ini!

Teringin tak jadi macam Won-young? Shopee je korang! Klik di SINI!

wonyoung

Jadi, mana satu outfit yang jadi favorite korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...