Gary Cerita Sebab Lama Hilangkan Diri, Dedah Gambar Isteri Buat Julung Kalinya!

gary dedah gambar isteri

Nampaknya ramai betul yang gembira dengan kemunculan kembali Gary ke dunia hiburan selepas lama menyepikan diri! Lelaki itu memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi rap dan mula menempa nama dengan meluasnya menerusi rancangan “Running Man” kerana karakternya yang kelakar. Selepas 7 tahun berlari bersama Yoo Jaesuk, Ji Sukjin, Kim Jongkook, Haha, Song Jihyo dan Lee Kwangsoo, lelaki itu membuat keputusan untuk berhenti secara tiba-tiba sehingga menimbulkan kekeliruan peminat rancangan popular itu.

Tak lama selepas itu, dia mengumumkan kepada orang ramai bahawa dia bakal berkahwin dengan kekasih hatinya dan berita itu disambut baik oleh ramai orang. Lebih menggembirakan apabila cahaya mata pertamanya juga turut lahir pada tahun yang sama. Gary juga nampaknya lebih senang menguruskan hal keluarga dan memberi fokus kepada bidang muzik sepanjang dia ‘menyorokkan’ diri daripada perhatian orang ramai.

gary superman returns

Menerusi sedutan pendek yang dikeluarkan oleh pihak produksi “Superman Returns”, ayah kepada Kang Haoh itu menjelaskan keputusan drastik yang dibuat ketika kehilangan sementaranya itu.

Selepas lebih 20 tahun aktif dalam industri seni, saya mula dibebani dengan tekanan yang sarat. Saya ingin melarikan diri daripada semuanya dan telah berehat buat seketika. Semasa itu, saya berkahwin dan mendapat cahaya mata lantas saya menyedari bahawa ‘bahagia’ itu adalah sesuatu yang dekat sahaja dengan saya.

Dalam video itu juga, buat julung kalinya peminat dapat melihat dengan jelas gerangan wanita yang berjaya menambat hati Gary. Cantik orangnya, patutlah penyanyi rap itu tak sabar nak ikat tali perkahwinan!

isteri gary

Unik betul Kang Haoh kerana rupanya kanak-kanak itu sangat sukakan lori pindah rumah. Lagi teruja apabila dia dapat melihat kren turun naik mengangkat barang. Comelnya! Sampaikan pak cik yang uruskan lori tersebut pun tersenyum sahaja melihat telatah Haoh.

kang haoh anak gary

Kepada semua peminat Gary dan juga yang baru jatuh cinta dengan kecomelan Haoh, jangan lupa untuk saksikan episod pertama “Superman Returns” bersama mereka pada 2 Februari nanti!

Sumber: KBS Entertainment

3 KOMEN

Leave a Reply