Ikuti Kami:

Gary Bertinju Sampai Pengsan Untuk Prank Haoh, ‘Superman Returns’ Terima Amaran Suruhanjaya Komunikasi

Gary Bertinju Sampai Pengsan Untuk Prank Haoh, ‘Superman Returns’ Terima Amaran Suruhanjaya Komunikasi

Sesiapa yang biasa menonton rancangan hiburan “Superman Returns”, pasti tahu bahawa pihak produksi suka ‘prank’ kanak-kanak dalam program tersebut sebagai salah satu hiburan kepada penonton. Tapi nampaknya mereka kini dah dapat amaran daripada pihak penyiaran kerana dikatakan agak melampau semasa mengenakan budak-budak itu!

Dalam episod baru-baru ini, Gary dengan sengajanya telah pura-pura pengsan semasa sedang bertinju. Anaknya Ha-oh nyata panik dan mula menangis teresak-esak dek usikan tidak sensitif itu. Walaupun sedar bahawa ia hanyalah gurauan, kanak-kanak itu tetap meluahkan rasa risaunya sehingga ke penghujung rancangan.

gurauan gary pada hah terima amaran

Rata-rata penonton telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan melampau pihak produksi “Superman Returns” dan Gary sendiri kerana sanggup menyebabkan trauma kepada kanak-kanak sekecil Ha-oh.

Tolong berhenti lakukan prank sebegini kepada kanak-kanak.

 

Kena buat anak sendiri macam itu?

 

Awak tak sepatutnya buat prank sedemikian rupa hanya kerana merasakan ia adalah comel. Melampau sangat!

Pun begitu, segelintir penonton ‘back-up’ Gary dan menyelar komen negatif yang dilemparkan pada ‘prank’ tersebut. Mereka mengatakan bahawa ia adalah hiburan semata-mata, kenapa perlu serius sangat?

Ha-oh mesti lagi sedih sekiranya tahu ayahnya dicaci dan bukan sebabnya prank tersebut.

 

Lihatlah Ha-oh sekarang. Macam mana pula Gary jahat sedangkan anaknya adalah bijak dan baik?

 

Tiada apa-apa daripada adegan ini yang perlu dikritik pun.

haoh dan gary

Walaubagaimanapun, disebabkan ramai yang membanjiri episod “Superman Returns” itu dengan kritikan, Suruhanjaya Piawaian Komunikasi Korea (KCSC) telah tampil bagi memberikan kenyataan mengenai isu tersebut.

Apabila sesuatu program itu melibatkan kanak-kanak, terdapat risiko mereka akan dijadikan bahan hiburan – di mana akan melemahkan perlindungan terhadap mereka ketika di set penggambaran. Sebagai media awam, stesen penyiaran perlu mengambil kira kesan yang ditinggalkan pada kanak-kanak itu sebagai hasilnya.

Peringatan KCSC ini tidak akan mengubah konsep yang diketengahkan oleh “Superman Returns”. Walaubagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa pihak mereka akan mengambil langkah yang lebih drastik bagi membendung masalah ini pada masa hadapan. Antaranya ialah mengenakan denda, membatalkan episod atau rancangan itu sendiri selain menghukum individu yang bertugas dalam produksi berkenaan.

Apa pula pendapat anda, keterlaluan atau pun menghiburkan?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...