Ikuti Kami:

Ganti ‘Vagabond’, Drama Besbol ‘Stove League’ Raih Rating Memberangsangkan!

Ganti ‘Vagabond’, Drama Besbol ‘Stove League’ Raih Rating Memberangsangkan!

Walaupun dah hampir sampai ke penghujung 2019 tetapi industri drama Korea masih lagi tak menang tangan untuk keluarkan banyak lagi naskhah baru. Habis sahaja satu drama, pastinya akan digantikan dengan yang baru. Sungguhpun ramai yang merindui lagak aksi Suzy dan Lee Seunggi dalam drama “Vagabond” tapi kini penonton disajikan pula dengan drama yang lebih ringan dan membawa tema sukan dengan nama “Stove League”.

stove league

Naskhah yang ditayangkan menerusi saluran SBS pada setiap Jumaat dan Sabtu ini dihiasi oleh beberapa nama hebat. Antaranya ialah Namgoong Min yang popular dengan drama “Doctor Prisoner”, “Good Manager”, “A Girl Who See Smells” dan banyak lagi. Heroinnya pula ialah Park Eunbin yang dikenali dengan lakonannya dalam beberapa drama seperti “Age Of Youth”, “The Ghost Detective” dan lain-lain. Hebat!

Sinopsis “Stove League”

Drama ini membawa kisah satu pasukan besbol ‘Dreams’ yang sudah tidak mendapat perhatian daripada orang ramai bahkan ditolak oleh peminat mereka sendiri. Bagi mengubah situasi pasukan itu, Baek Seungsu (Namgoong Min) telah hadir sebagai pengurus baru. Lee Seyoung (Park Eunbin) pula ialah satu-satunya pengurus wanita untuk pasukan besbol di Korea dan dia sudah hampir 10 tahun bertungkus-lumus menguruskan ‘Dreams’.

stove league

Rekod rating tinggi

Menurut Nielsen Korea, tayangan drama itu pada 20 Disember berjaya merekodkan rating 9.6% di seluruh negara dan mencapai sehingga 11.3% bacaan untuk tontonan paling tinggi per minit.

stove league

Meskipun baru 3 episod ditayangkan tetapi “Stove League” kelihatannya seperti bakal mencipta banyak lagi rekod baru pada masa akan datang. Rata-rata penonton yang setia menonton drama ini daripada awalnya memuji lakonan mantap yang ditonjolkan oleh setiap watak, tak kisahlah teraju utama mahupun teraju sampingan.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...