Ikuti Kami:

Ganti Seo Yeji, Lee Dahee Dilamar Jadi Heroin Drama Pengusiran Roh ‘Island’

Ganti Seo Yeji, Lee Dahee Dilamar Jadi Heroin Drama Pengusiran Roh ‘Island’

Nampaknya “Island” masih lagi belum lagi menemui pegganti heroin baru selepas Seo Ye-ji terpaksa menarik diri daripada naskhah tersebut akibat pelbagai kontroversi yang terkait dengannya.

Sebelum ini Han So-hee menolak khabar angin mengatakan bahawa dia bakal menjadi teraju drama pengusiran roh itu bersama Kim Nam-gil, namun kini Lee Da-hee pula disebut sebagai pengganti baru kepada watak Won Mi-ho.

Menurut agensi pelakon wanita itu,

Lee Da-hee telah menerima tawaran untuk membintangi ‘Island’ dan sedang menimbangnya dengan positif.

lee dahee

Untuk pengetahuan anda, “Island” ialah sebuah drama fantasi pengusiran roh ini mengisahkan seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah manakala si wanita itu pula tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Kedua mereka kemudiannya disertai oleh seorang paderi penghalau roh yang diulit rasa bersalah selepas gagal melindungi seorang perempuan. Di pulau cantik tersebut yang sebenarnya diselubungi oleh kejahatan yang gelap, ketiga-tiga watak ini yang berlainan akan bergabung tenaga untuk melindungi satu sama lain.

Sama-sama kita saksikan heroin sebenar untuk drama ini nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...