Ikuti Kami:

Gadis Terpaksa Jadi Putera Raja, Saksikan ‘The King’s Affection’ Di Netflix Bermula Hari Ini

Gadis Terpaksa Jadi Putera Raja, Saksikan ‘The King’s Affection’ Di Netflix Bermula Hari Ini

Ramai khabarnya tak sabar mahu menonton drama “The King’s Affection” yang bakal memulakan tayangan di Netflix bermula hari ini (11 Oktober 2021) pada jam 10 malam.

Ia menceritakan kisah sepasang kembar yang lahir di istana. Walaupun salah seorang daripadanya dibuang kerana merupakan seorang perempuan, dia kemudiannya berlakon menjadi lelaki dan diangkat menjadi putera raja selepas kembar lelakinya meninggal dunia.

Menerusi sidang media “The King’s Affection”, pelbagai kisah dan cerita disebalik tabir yang dirungkai oleh barisan pelakon dan pengarah sekaligus membuktikan bahawa drama ini patut ditonton semua!

netflix the king's affection

Ihsan Netflix

‘Yeonmo’, perasaan sayang dan merindui

Bagi judul Korea, drama ini dipanggil sebagai ‘Yeonmo’. Nampak biasa jikalau dalam bahasa Inggeris, “The King’s Affection” namun ianya mempunyai maksud yang lebih mendalam.

Kata pengarah Song Hyun-wook,

Kalau anda cari perkataan ‘yeonmo’ di dalam kamus, ia bermaksud perasaan cinta dan sayang buat seseorang, dan dalam masa yang sama anda merindui orang itu.

Raja yang dilupakan

Terpaksa menyorokkan identitinya, Putera Raja Yi Hwi digambarkan sebagai pemerintah yang dihapuskan rekodnya daripada sejarah kerana hal tersebut.

Jelas pengarah itu,

Ianya kisah mengenai raja perempuan yang terpaksa melindungi dirinya yang sebenar. Berlatarbelakangkan kekusutan dalam istana dengan konflik politik, drama ini memaparkan kisah romantik dan juga aksi serta jenaka.

netflix the king's affection

Ihsan Netflix

Cabaran baru buat Park Eun-bin

Hanya lelaki yang tersenarai dalam sejarah sebagai raja, maknanya raja perempuan perlu dibayangkan menggunakan imaginasi sendiri sahaja. Itulah antara sebab yang membuatkan Park Eun-bin menyahut cabaran untuk menjayakan watak Yi Hwi.

Saya mahu sahut cabaran di mana membuatkan penonton percaya bahawa watak saya ialah seorang raja. Semasa mempersiapkan diri untuk watak ini, saya berasa agak terasing kerana perlu menonjolkan watak Hwi sebagai lelaki dan Hwi sebagai perempuan. Pada masa yang sama, watak saya tidak boleh menyembunyikan identitinya sebagai wanita lantas dia mengalami pelbagai kesukaran dan cabaran.

Tambah Park Eun-bin, dia tidak mahu penonton menggambarkan Hwi sebagai dua orang yang berbeza. Dia hanya menampilkan watak itu sebagai Hwi tanpa perbezaan dengan perwatakan yang natural sahaja.

Hubungan cinta terhalang

Drama ini dikhabarkan bakal menampilkan hubungan multi-dimensi antara setiap watak yang menarik perhatian. Jelas Park Eun-bin mengenai wataknya dengan Rowoon,

Bagi saya dan Ji-un, kami tak sepatutnya mempunyai perasaan antara satu sama lain kerana risiko dan ancaman dek rahsianya. Namun, mereka tanpa sengaja jatuh cinta. Sangat menarik melihat perasaan mereka yang kian berkembang. Terdapat momen yang tidak asing tapi ada babak yang akan berasa baru dan berbeza.

Rowoon juga meluahkan rasa seronok kerana bergandingan dengan Park Eun-bin selain mengakui bahawa dia merupakan pasangan pelakon yang baik. Disebabkan oleh itu, ramai yang tidak sabar melihat keserasian mereka di dalam “The King’s Affection” apabila ia ditayangkan nanti.

netflix the king's affection

Ihsan Netflix

Elemen penting ‘The King’s Affection’

Membawa watak Yi Hyun, Nam Yoon-su menjelaskan bahawa penonton perlu memerhatikan kehebatan setiap pelakon menjiwai watak mereka.

Dialog mereka menggambarkan mesej utama siri ini. Anda perlu memerhatikannya.

Ini bermakna setiap daripada watak mempunyai cerita tersendiri, jadinya penonton akan disajikan dengan pelbagai kisah yang mungkin menyentuh perasaan.

Pelakon muda berbakat

Bestnya “The King’s Affection” kerana ia dibarisi oleh ramai pelakon muda sama ada yang berpengalaman mahupun yang baru mencipta nama dalam dunia K-Drama. Selain daripada Park Eun-bin, Rowoon dan Nam Yoon-su, nama lain yang bakal menghiasi drama ini ialah Choi Byung-chan, Bae Yoon-kyung dan Jung Chae-yeon.

Puji pengarahnya,

Mereka merupakan pelakon yang luar biasa.

netflix the king's affection

Ihsan Netflix

Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri di mana Rowoon yang kelakar, tinggi dan yakin manakala Nam Yoon-su yang mampu menyinari set penggambaran kerana senyuman yang menawan. Setiap daripada mereka tiada kurangnya!

Mesti anda dah teruja nak menonton kan? Jangan lupa serbu Netflix malam ini tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...