Ikuti Kami:

Gabungan Park Hyungshik & Park Shinhye Tak Menjadi? Rating ‘Doctor Slump’ Kian Menurun

Gabungan Park Hyungshik & Park Shinhye Tak Menjadi? Rating ‘Doctor Slump’ Kian Menurun

Adakah gandingan Park Hyung-shik dan Park Shin-hye yang digembar-gemburkan sebelum ini tidak membuahkan hasil?

Kedua-duanya muncul dalam “Doctor Slump” kini dan ia membawa kisah tentang dua orang doktor iaitu Nam Ha-neul (Park Shin-hye) dan Yoo Jung-woo (Park Hyung-shik) yang berada di takuk bawah dalam kehidupan mereka kini.

Bertemu semula selepas 11 tahun “The Heirs” bersiaran, sudah pastinya ramai yang ternanti-nanti keserasian antara mereka berdua. Walaupun bermula dengan baik hingga mencecah rating 6.7% namun drama JTBC berkenaan telah menunjukkan prestasi yang merosot baru-baru ini apabila ia menurun sebanyak dua kali ganda kepada 3.7% sekaligus menjadi catatan terndah dalam sejarahnya.

doctor slump

Meskipun ada yang mengatakan bahawa rating itu terjejas dek musim cuti untuk Tahun Baru Cina namun drama lain yang bersiaran pada slot yang sama dilihat kekal popular di mana “Knight Flower” meraih rating tinggi sebanyak 12.9%. Bahkan “Captivating The King” turut mencapai rating tertinggi iaitu 6.7% semasa tayangan pada sambutan perayaan berkenaan.

Dalam pada itu, media turut menyebut sama ada Park Hyung-shik mengalami ‘slump’ kini dek drama sebelumnya iaitu “Our Blooming Youth” turut meraih rating 3% sahaja semasa tayangannya.

Pun begitu, rata-rata penonton memberikan pujian buat sisi kelakar dan menyentuh hati drama “Doctor Slump”. Malah ramai boleh memahami mengenai isu yang dialami oleh kedua-dua watak utamanya.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...