Ikuti Kami:

Gabungan Kisah Misteri & Romantik, 3 Sebab ‘Police University’ Disukai Ramai

Gabungan Kisah Misteri & Romantik, 3 Sebab ‘Police University’ Disukai Ramai

Ramai katanya yang seronok menonton “Police University” kini?

Drama ini menceritakan siasatan yang kelam-kabut berlaku apabila Yoo Dong-man (Cha Tae-hyun) seorang profesor di universiti kepolisan elit bergabung tenaga dengan dua pelajarnya. Seorang ialah Kang Sun-ho (Jin-young), si bijak pandai dan si penggodam, Oh Kang-hee (Krystal).

Popular dalam peminat K-Drama, banyak sebab kenapa ia disukai ramai!

Keserasian ahli ‘Police University Avengers’

Dalam menjejaki dalang misteri di sebalik kru perjudian haram, kerjasama yang hebat ditunjukkan antara Yoo Dong-man dan pelajarnya. Dengan lelaki itu menerjah tempat kejadian bagi mendapatkan bukti penting, Kang Sun-ho menggunakan kemahiran yang ada untuk menggodam lokasi kru perjudian itu dan Oh Kang-hee yang mendapatkan sedikit sebanyak informasi daripada ibunya yang berada di dalam penjara.

Bukan itu sahaja, Kwon Hyuk-pil (Lee Jong-hyuk) turut menampilkan kepimpinannya dengan membantu mereka semua selain Choi Hee-soo (Hong Soo-hyun) dan No Bum-tae (Lee Dal) turut memberikan panduan dan sokongan. Dengan kerjasama yang utuh, mereka berjaya memberkas Go Duk-bae (Shin Seung-hoon) sebagai suspek utama.kbs police university

Kisah romantik tidak tidak dijangka

Cinta berbunga dalam keadaan genting dan ianya dapat dilihat menerusi anak muda Kang Sun-ho dan Oh Kang-hee. Daripada mereka saling membantu menyembuhkan luka masing-masing hingga menonjolkan perasaan sebenar, keduanya membawa kisah bahagia buat penonton. Walaubagaimanapun, peranan Park Min-kyu (Chu Young-woo) dalam hubungan mereka berdua masih lagi kelihatan sama-samar memandangkan lelaki itu sepertinya menyukai Oh Kang-hee.

Bukan itu sahaja, rakan baik iaitu No Bum-tae dan Jo Joon-wook (Young-jae) terperangkap dengan cinta tiga segi apabila keduanya menyimpan perasaan buat Lee Uhn-joo (Byun Suh-yoon). Tak sabar nak nantikan apakah pengakhiran kisah cinta mereka.

Kejutan demi kejutan – siapa akan berakhir di atas?

“Police University” merupakan drama yang dipenuhi dengan pelbagai plot yang tidak dijangka. Seperti dalang di sebalik kertas peperiksaan yang dibocorkan ialah Park Chul-jin, iaitu teman rapat Yoo Dong-man. Penonton terus tertanya-tanya apabila terdapat klu yang menyatakan bahawa terdapat figura lebih besar yang merupakan dalang sebenar di sebalik kejadian.

Sama juga seperti penangkapan kru perjudian haram, di mana siasatan tersebut sepertinya masih belum diselesaikan sepenuhnya. Sebelum Go Duk-bae dipenjarakan, Kwon Hyuk-pil dilihat memberikan laporan kepada Suh Sung-hak (Kang Shin-il) dan Choi Hee-soo juga ditangkap membuat panggilan rahsia. Dengan pelbagai persoalan yang masih belum terjawab, penonton perlu terus menonton bagi menyaksikan tindakan lanjut pasukan ‘Avengers’.kbs police universityTinggal lagi 6 episod, “Police University” ternyata merupakan drama yang wajib ditonton oleh semua kerana plot misteri selain menghiburkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...