Ikuti Kami:

Gabungan Dunia Misteri & Dunia Manusia, Perincian Kesemua Watak Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

Gabungan Dunia Misteri & Dunia Manusia, Perincian Kesemua Watak Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

“Tale of the Nine-Tailed” yang digambarkan sebagai drama fantasi urban ini mengisahkan tentang seorang gumiho lelaki (makhluk mistik musang berekor sembilan) bernama Yi-yeon (Lee Dong-wook) yang tinggal di bandar serta seorang pengarah produksi, Nam Ji-ah (Jo Bo-ah) yang tidak kenal erti takut dan berusaha keras menjejaki makhluk itu. Kim Bum pula membawa watak Yi-rang iaitu adik tiri kepada Yi-yeon dan lahir separuh manusia dan separuh gumiho.

Yi Yeon dan Nam Ji-ah akan mempunyai satu hubungan ‘kejar-mengejar’ yang menarik perhatian. Manakala Yi Yeon turut mempunyai hubungan adik-beradik yang tegang dan dingin dengan Yi Rang.

Terdapat juga watak bukan manusia lain yang turut tinggal di bandar itu dan merupakan orang kanan Yi Yeon dan Yi Rang. Gumiho Gu Sin-joo (Hwan Hee) ialah pengikut setia Yi Yeon sejak lelaki itu merupakan roh penjaga Gunung Baekdudaegan dan di dunia manusia, dia bertugas sebagai doktor haiwan yang turut membantu Yi Yeon semasa dia dikejar oleh Nam Ji-ah.

Bagi Yi Rang pula, dia mempunyai pembantu setia bernama Gi Yu-ri (Kim Yong-ji) yang meupakan rubah berekor sembilan berasal daripada Rusia. Dalam dunia biasa, wanita ini ialah seorang pengarah bagi pusat beli belah Moz dan menjalani kehidupan yang mewah dan senang.

watak tale of the nine tailed

Tal Eui-pa (Kim Jung-nan) dan Hyun Eui-ong (Ahn Gil-kang) ialah kakitangan kerajaan di Pejabat Imigresen Dunia Tersorok selama 600 tahun bersama Yi Yeon. Mereka langsung tak takut untuk memarahi lelaki itu dek status ketua mereka selain sangat akrab dengan satu sama lain. Bok Hye-ja (Kim Soo-jin) pula ialah ‘snail bride’ daripada kisah dongeng tradisional Korea yang turut memiliki restoran sambil menyampaikan informasi mengenai roh dan raksasa.

Untuk individu berkaitan dengan Nam Ji-ah ialah kedua ibu bapanya yang hilang selepas kemalangan pelik pada 21 tahun lepas dan juga staf di stesen penyiaran yang turue bekerjasama dengannya untuk program legenda urban diarahkan olehnya. Di dalam pasukan tersebut terdapat ketua Choi (Joo Suk-tae) yang pernah menjadi pengarah berjaya, penulis Kim Sae-rom (Jung Yi-seo) dan pembantu pengarah Pyo Jae-hwan (Kim Kang-min), individu yang paling banyak bertekak dengan Nam Ji-ah.

Tak sabarnya, jangan lupa tayangan perdana di tvN bermula 7 Oktober nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...