Utama Drama Korea Gabungan 3 Ejen Wanita Hebat, Drama Komedi Aksi ‘Good Casting’ Mula Tayangan...

Gabungan 3 Ejen Wanita Hebat, Drama Komedi Aksi ‘Good Casting’ Mula Tayangan Dengan Rating Tinggi!

drama good casting

Rindukan drama aksi yang tak berat dan diselitkan dengan pelbagai babak komedi? Apa kata anda mula tonton drama “Good Casting” yang baru sahaja ditayangkan di bawah saluran SBS ini!

Sinopsis ringkas

Baek Chan-mi (Choi Kang-hee) adalah seorang ejen ‘lejen’ dalam National Intelligence Service (NIS) satu ketika dahulu tetapi kerana dedikasi kerjanya yang melampau, rakan sekerjanya telah meninggal dan dia juga terlepas daripada menangkap targetnya. Disebabkan oleh itu, wanita tersebut dipindahkan jabatan dan bekerja untuk pasukan pelindungan siber.

Pun begitu, setelah sekian lama, dia dipilih untuk melakukan penyamaran bagi satu kes pencurian kekayaan intelektual yang melibatkan syarikat terbesar di Korea. Sama-sama saksikan telatah serius dan kelakar detektif ini dalam masa yang sama dia cuba merungkai misteri kes tersebut.

drama good casting

Sekali imbas episod awal

Kisah bermula apabila penonton disajikan dengan satu kawasan jenayah bersama dengan rakan pasukan yang telah membelot usaha penyiasat lain. Kemudian, dapat dilihat tiga pegawai NIS iaitu Seo Kook-hwan (Jung In-gi), Bae Moo-hyeok (Park Kyung-soon) dan Geum Dong-seok (Lee Jong-hyuk) sedang berada dalam perbincangan hangat mengenai cara untuk memberkas penjenayah yang sudah lama dikehendaki oleh mereka.

Dalam pada itu, tiga ejen wanita lain yang bakal bertugas bersama untuk menumpaskan Lee Michael turut diperkenalkan. Dua daripada ejen tersebut iaitu Baek Chan-mi dan Hwang Mi-sun (Kim Ji-young) sebenarnya merupakan ejen senior yang pernah ditugaskan untuk menangkap penjenayah tersebut tetapi digugurkan daripada pasukan tersebut kerana masalah ketika menjalankan tugas.

drama good casting

Manakala Im Ye-eun (Yoo In-young) pula hanyalah ejen amatur yang langsung tak biasa bekerja di lapangan dan tiada pengetahuan langsung mengenai Lee Michael. Walaubagaimanapun, dia nekad untuk menangkapnya kerana penjenayah itu adalah dalang disebalik pembunuhan suaminya. Lagi menimbulkan rasa ingin tahu penonton kerana suami Ye-eun sebenarnya adalah rakan sekerja Chan-mi yang terbunuh dahulu.

Kini, ketiga-tiga Chan-mi, Mi-sun dan Ye-eun mula berjabat tangan untuk menyelinap masuk ke dalam syarikat Sun Light Hi-Tech bagi menangkap Lee Michael yang licik itu.

drama good casting

Rating cecah bumbung pada episod pertama

Drama terbaru di bawah saluran SBS ini berjaya membina tapak dengan baik apabila rating episod perdananya berjaya menduduki tempat pertama sekaligus mengalahkan drama lain yang ditayangkan dalam slot masa yang sama.

Menurut Nielsen Korea, episod permulaan “Good Casting” merekodkan rating sebanyak 9.5% dan 12.3% dan dalam masa yang sama mengalahkan rekod yang dipegang oleh drama “Nobody Knows” (11.4%) yang ditayangkan sebelum ini. Hebat!

Penonton juga nyata terhibur melihat drama komedi aksi ini yang dilakonkan oleh pelakon popular iaitu Choi Kang-hee, Yoo In-young, Lee Jong-hyuk dan ramai lagi. Semuanya seperti tak sabar nak tonton episod seterusnya!

Saya tak tahu nak tonton apa pada hari Isnin dan Selasa, nampaknya saya dah drama yang boleh diikuti!

 

Sangatlah menghiburkan sampai rasa nak pengsan! Selamat kembali pelakon Choi Kang-hee.

 

Semua pandai berlakon.. Cantiknya Choi Kang-hee berambut panjang!!!

 

Saya tak sedar pun masa berlalu dengan pantas sebab terlampau menghiburkan! Cantiknya Yoo In-young… Gilalah.

 

Seronok menonton episod pertama. Tidak terlalu serius dan drama yang mampu memberikan gelak ketawa, jadi saya suka.

 

Saya seronok menonton episod pertama! Pengenalan yang bagus kepada tiga karakter utama dan tak sabar nak lihat mereka bekerjasama! Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

Saksikan “Good Casting” setiap Isnin dan Selasa di saluran SBS!

SUMBERMyDaily
Loading...