Ikuti Kami:

Gabung Tema Perundangan & Perubatan, So Jisub Sah Terajui Drama ‘Dr. Lawyer’

Gabung Tema Perundangan & Perubatan, So Jisub Sah Terajui Drama ‘Dr. Lawyer’

Berita gembira untuk semua, So Ji-sub disahkan bakal kembali dengan drama baru tak lama lagi!

“Dr. Lawyer” ialah sebuah drama menyentuh perasaan dan katartik mengenai seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam bagi kes penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya daripada pembedahan palsu. Manakala seorang pendakwa raya daripada Jabaran Jenayah Perubatan kehilangan satu-satu keluarganya dan kekasih dek pembedahan itu. Bersama, mereka menghukum semua yang meletakkan kepentingan hidup seseorang berdasarkan pangkat harta dan kuasa selain memujuk mangsa yang dizalimi.

so jisub

So Ji-sub akan membawa watak Han Yi-han, seorang peguam kes penyelewengan perubatan yang pernah menjadi doktor genius dengan dua sijil dalam pembedahan am dan pembedahan toraks. Sebelum insiden buruk itu, dia merupakan pakar bedah hebat dan popular di Hospital Universiti Bansuk. Selepas menjadi peguam, lelaki itu mengejar kebenaran mengenai misteri disebalik kejadian yang mengubah hidupnya.

Drama dengan 16 episod itu akan mula ditayangkan di MBC pada separuh pertama 2022. Malah ianya merupakan drama lakonan pertama So Ji-sub selepas “My Secret Terrius” tamat pada 2018.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...