Selepas sibuk dengan penggambaran drama, Lee Dong-wook nampaknya kini kembali aktif dalam bidang pengacaraan.
Terbaru, pelakon lelaki itu disahkan bakal menyertai panel program baru “The Sea I Desire”. Ianya merupakan rancangan penyembuhan di mana para selebriti akan mempersembahkan muzik dan makanan mereka sendiri di sebuah bar bertempat di pantai yang misteri dan cantik. Program itu berkisarkan kepada tiga kata kunci iaitu pantai, bar dan harapan. Tetamu yang hadir pula akan dapat lari daripada kehidupan seharian mereka dan menghabiskan masa yang istimewa itu bersam aombak yang dingin, alunan muzik dan makanan enak.
Bukan sahaja Lee Dong-wook, program itu turut menampilkan Yoon Jong-shin, Lee Ji-ah, Kim Go-eun, Onew (SHINee) dan Lee Su-hyun (AKMU) sebagai ahli panel tetapnya. Bukan sahaja menyanyi dan memasak, malah mereka juga akan terlibat dalam proses menghias dan pengurusan bar berkenaan.
Lee Ji-ah yang berbakat dalam bidang memasak akan menunjukkan keghairahannya dalam bidang tersebut sebagai ketua chef, malah dia juga akan mencipta pelbagai menu baru. Lee Dong-wook akan menjadi ketua bar dan akan menyertai pelbagai aktiviti seperti menyelam dan memasak. Dilengkapi lesen menyelam skuba dan minat yang mendalam mengenai ekosistem perairan, Kim Go-eun akan bertugas sebagai pengawal pantai. Onew pula akan bertugas menjaga kedai roti dan mendendangkan lagu untuk para tetamu. Terakhir sekali, Lee Su-hyun bakal menghadiahkan tetamu dengan pelbagai lagu dengan suaranya yang unik dan cantik.
Bukan itu sahaja, terdapat juga penyanyi jemputan lain bagi menghangatkan lagi suasana bar tersebut. Antara daripadanya ialah Jung DOng-hwan (MeloMance) dan Zai.Ro.
Khabarnya ia akan menemui penonton pada 29 Jun nanti pada jam 9 malam di saluran JTBC.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.