Ikuti Kami:

Foto Tular, ‘Arthdal Chronicles’ Sudah Mula Jalani Penggambaran Musim Kedua?

Foto Tular, ‘Arthdal Chronicles’ Sudah Mula Jalani Penggambaran Musim Kedua?

Siapa yang ingat mengenai drama “Arthdal Chronicles”? Khabarnya drama berbajet besar itu bakal menemui penonton tak lama lagi.

“Arthdal Chronicles” ialah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Musim pertamanya telah diasingkan kepada 3 bahagian (6 episod setiap bahagian) yang membawa jumlah 18 episod keseluruhannya pada tahun lepas. Bukan kaleng-kaleng tahu kerana perbelanjaan produksinya menelan kos sebanyak 50 billion won (RM175+ juta).

Pada tahun lalu, pihak produksi drama ini ada mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa penggambaran musim kedua drama fantasi ini akan dimasukkan ke dalam line-up drama tvN pada 2021 memandangkan situasi COVID-19 yang meruncing.

tvn arthdal chronicles 2

Diam tak diam, satu entri di Instagram sepertinya menguatkan kenyataan bahawa drama tersebut kini sudah pun bersedia untuk emnjalani penggambaran musim keduanya. Malah pemilik akaun tersebut turut mengesahkan pertanyaan peminat dan mengatakan bahawa foto itu diambil pada 31 Mei 2021.

Nampaknya, tak lama lagi lah kita dapat lihat musim kedua “Arthdal Chronicles” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...