Ikuti Kami:

Foto Tersebar, Agensi Naungan Nafi Dakwaan Go Kyungpyo Lawat Pusat Hiburan Dewasa Dengan Model

Foto Tersebar, Agensi Naungan Nafi Dakwaan Go Kyungpyo Lawat Pusat Hiburan Dewasa Dengan Model

Tiada angin tiada ribut, pelakon Go Kyung-pyo telah dituduh melawat ke sebuah pusat hiburan dewasa dengan seorang BJ (Broadcast Jockey) popular di laman penstriman AfreecaTV bernama Sae He yang juga aktif sebagai model.

Khabar angin ini bertiup kencang selepas BJ itu memuat naik gambar swafotonya bersama pelakon tersebut di laman Instagram miliknya, walaubagaimanapun sudah dipadam kini. Daripada gambar tersebut, ramai yang menebak bahawa gambar mereka itu diambil di sebuah pusat hiburan dewasa di sekitar Cheongdam-dong, Seoul.

go kyungpyo lawat pusat hiburan dewasa

Oppa (abang), awak dah mabuk ke? Hahahaha

Dalam satu gambar lain pula Go Kyung-pyo dilihat turut bergambar dengan Sae He dan seorang perempuan lain.

go kyungpyo lawat pusat hiburan dewasa

Disebabkan oleh gambar yang mula berterbangan itu, ramai yang mula mengkritik pelakon lelaki itu kerana masih melepak di bar meskipun pandemik COVID-19 yang semakin serius di Korea.

Tidak mendiamkan diri, agensi naungan Go Kyung-pyo iaitu CL& Company menafikan khabar angin tidak berasas tersebut selain menjelaskan bahawa pelakon tu langsung tidak mengenali wanita tersebut.

Go Kyung-pyo telah datang ke bangunan syarikat selepas habis penggambaran dramanya. Selepas itu, dia telah ke bar untuk minum secara ringan.

Dia menerima permintaan untuk bergambar daripada orang yang tidak dikenali. Go Kyung-pyo langsung tidak mengenali wanita itu. Lokasi gambar itu diambil adalah di sebuah bar biasa sahaja.

Hanya tuduhan tak berasas semata-mata!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...