Ikuti Kami:

(FOTO) “Sesuai Sangat” – Peminat Puji Song Jihyo Dah Jumpa Gaya Rambut Terbaiknya

(FOTO) “Sesuai Sangat” – Peminat Puji Song Jihyo Dah Jumpa Gaya Rambut Terbaiknya

Tak dapat disangkal bahawa Song Ji-hyo merupakan antara pelakon wanita Korea yang menjadi ikutan ramai peminat di seluruh dunia.

Walaupun sebelum ini, wanita tersebut dikenali kerana penampilan feminin dek rambut yang panjang namun sepertinya dia sudah menjumpai gaya rambut terbaiknya.

Seperti yang semua ketahui, rata-rata netizen terkejut apabila Song Ji-hyo memuat naik gambarnya berambut ‘shortcut’ pada satu malam. Malah keseluruhan warganet tidak dapat menyembunyikan rasa keliru mereka dek perubahan mendadak itu.

Tak kurang ada yang memuji tetapi lebih banyak kecaman yang ditujukan buat penata gaya yang bekerja buat Song Ji-hyo pada ketika itu. Namun mengikut penjelasan wanita itu sendiri, dia memotong rambut berkenaan tanpa perancangan memandangkan ia berlaku ketika dia sedang mabuk.

Setelah beberapa bulan berlalu dari kejadian itu, ramai yang mula senang dengan perubahan gaya tersebut, tambahan pula rambutnya yang sudah tumbuh hampir mencecah paras bahu kini.

Menurut komen peminat, panjang rambutnya ini adalah yang terbaik dan menampilkan imej yang lebih ‘boyish’ tetapi comel dalam masa yang sama. Tak nampak seperti Song Ji-hyo sudah mencecah usia 40-an!

Harapnya Song Ji-hyo akan menerajui drama baru dengan gaya rambut ini. Apa pula kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...