Ikuti Kami:

Foto Penggambaran Episod Akhir ‘A Business Proposal’ Tular, Penonton Teka Ending Sedih?

Foto Penggambaran Episod Akhir ‘A Business Proposal’ Tular, Penonton Teka Ending Sedih?

Tinggal lagi 5 episod, sudah pasti ramai yang ternanti-nanti kesudahan “A Business Proposal” betul tak?

Lebih mendebarkan apabila drama kegemaran ramai itu sudah pun menamatkan penggambaran terakhirnya kelmarin.

Disebabkan semua teruja, terdapat beberapa foto daripada penggambaran itu telah tular di serata laman komuniti. Melihatkannya, penonton nyata meluahkan rasa hairan dengan plot yang mungkin berkembang nanti.

ending a business proposal

Khabarnya, heroin utama iaitu Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) membawa bagasinya ke dalam teksi sebelum pergi. Bahkan dia dan Kang Tae-mu (Ahn Hyo-seop) berpelukan erat di hadapan kereta itu sebagai tanda ucapan selamat tinggal. Shin Ha-ri dilihat memakai gaun kasual berwarna kuning, berkaca mata dan rambut diwarnakan hitam serta tampil berbeza daripada biasa.

Oleh itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa drama ini bakal berakhir sedih di mana Shin Ha-ri akan membawa diri untuk menyambung pelajaran ke luar negara dan meninggalkan Kang Tae-mu. Namun ramai yang percaya bahawa ini bukanlah babak terakhir untuk episod akhir itu nanti.

ending a business proposal

Ini kerana menurut webtoon asal, “A Business Proposal” mempunyai ending bahagia buat kesemua watak utamanya.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...