Ikuti Kami:

Foto Minum Alkohol Ketika Bawah Umur Tular, Go Minsi Mohon Maaf

Foto Minum Alkohol Ketika Bawah Umur Tular, Go Minsi Mohon Maaf

Baru-baru ini telah tersebar gambar Go Min-si bersama rakan-rakannya bergembira.

Namun yang menimbulkan persoalan ramai ialah kerana pelakon itu yang masih lagi di bawah umur namun sudah dikelilingi dengan minuman beralkohol ketika gambar itu ditangkap.

go minsi minum alkohol bawah umur

Diminta supaya memberikan penjelasan mengenai foto yang tular tersebut, Go Min-si akhirnya memuat naik kenyataan rasmi menerusi laman Instagram miliknya.

Hello, ini ialah Go Min-si.

Pertama sekali, saya memohon maaf kerana memohon maaf kerana memuat naik berita yang kurang enak dan menyebabkan kekacauan dek gambar meminum alkohol di bawah umur.

Saya pasti ada yang berharap agar gadis di dalam gambar itu bukanlah saya dan ada yang juga berharap agar saya cepat-cepat mengakui kebenaran mengenainya.

Saya tidak akan menafikannya. Memang benar saya yang di dalam gambar itu.

Saya juga merasakan bahawa perkara seperti ini tidak boleh diabaikan dengan alasan saya masih muda dan tidak matang dan semuanya berlaku pada masa lepas.

Saya sedar bahawa mungkin akan ada yang berasa terluka kerana hal ini.

Saya mengakui bahawa kelakuan lalu saya adalah salah dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perlakuan saya pada ketika itu.

Kadang kala, perkataan tidak boleh meluahkan segalanya dan agak sukar untuk saya menyampaikan keikhlasan saya sepenuhnya. Tapi saya seikhlasnya meminta maaf kepada sesiapa yang terluka disebabkan hal ini.

Saya akan melakukan yang terbaik untuk melalui jalan yang lebih matang dan benar.

Kesilapan lalu.. harap Go Min-si baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...