Ikuti Kami:

Foto Di Set Penggambaran Tular, Kim Seonho Sah Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Run On’

Foto Di Set Penggambaran Tular, Kim Seonho Sah Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Run On’

Sudah lama khabar angin bertiup, khabarnya Kim Seon-ho bakal kembali dalam arena K-Drama dengan membuat kemunculan istimewa dalam drama JTBC “Run-On”.

Sebelum ini, Kim Seon-ho dikatakan akan muncul sebagai watak bekas teman lelaki Oh Mi-joo (Shin Se-kyung) namun nampaknya ia hanyalah khabar angin sahaja.

Daripada laporan eksklusif ini, pelakon lelaki popular itu telah pun menyelesaikan penggambaran untuk kemunculan tersebut baru-baru ini. Bakal membawa watak seorang pengarah filem, Kim Seon-ho bersetuju untuk menyertai drama ini kerana hubungan istimewanya dengan pengarah “Run On” iaitu Lee Jae-hoon di mana dia juga merupakan pengarah untuk drama pertama lakonan lelaki itu iaitu “Good Manager”.

kim seonho run on

Sumber: Twitter

Malah agensinya, SALT Entertainement turut mengesahkan berita ini,

Kim Seon-ho akan membuat kemunculan istimewa dalam ‘Run On’.

Oleh kerana watak Shin Se-kyung sebagai penterjemah untuk filem asing, ramai yang dah tak sabar nak menyaksikan keserasian antaranya dan Kim Seon-ho. Bahkan foto mereka untuk drama itu nampaknya sudah tersebar di segenap laman media sosial.

Daripada foto tersebut, nampaknya Kim Seon-ho kemungkinan besar bakal membuat kemunculan dalam sekitar episod 15 ataupun 16 drama itu.

Anda semua mesti dah tak sabar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...