Ikuti Kami:

‘Find Me In Your Memory’ Tamat Dengan Rating Rendah Tapi Terima Pujian Melambung Dek Jalan Ceritanya

‘Find Me In Your Memory’ Tamat Dengan Rating Rendah Tapi Terima Pujian Melambung Dek Jalan Ceritanya

Sedihnya bila drama romantik iaitu “Find Me In Your Memory” sudah pun menamatkan tayangannya kelmarin. Dibintangi oleh Kim Dong-wook dan Moon Ga-young, drama ini telah menjadi ikutan ramai dan sering dibanjiri pujian.

Sinopsis pendek

Lee Jung-hoon (Kim Dong-wook) bekerja sebagai penyampai berita di sebuah stesen televisyen. Walaupun nampak sempurna tapi sebenarnya dia mempunyai penyakit hyperthymesia, satu kondisi di mana dia mampu mengingati semua kejadian dalam hidupnya. Manakala Yeo Ha-jin (Moon Ga-young) ialah seorang pelakon terkenal yang tidak punyai secebis ingatan langsung mengenai masa silamnya. Disebabkan ini, wanita itu hidup sewenang-wenangnya.

find me in your memory episod akhir

Pengakhiran bahagia

Selepas berpisah kerana Yoo Ha-jin yang terpaksa ke Amerika Syarikat, pasangan ini berjumpa kembali setelah wanita tersebut pulang ke Korea. Walaubagaimanapun, cuba menolak takdir, kedua-dua mereka cuba menahan perasaan dan menidakkan rasa yang kuat di antara mereka.

Pun begitu, selepas terserempak secara tidak sengaja sebanyak tiga kali, Ha-jin dan Jung-hoon mula akur bahawa takdir mereka sudah terikat bersama. Mengumpul segenap keberanian, pasangan ideal ini mengakui ke seluruh media bahawa mereka adalah pasangan yang saling mencintai. Sekaligus menutup naskhah ini dengan pengakhiran gembira!

find me in your memory episod akhir

Rating biasa tapi dibanjiri pujian penonton

“Find Me In Your Memory” walaubagaimanapun hanya mampu meraih rating ‘beshe-beshe’ sahaja sepanjang tayangannya. Hanya sekali pernah mencecah 5.4%, episod yang lainnya pula sering berkeliaran pada catatan 3% sahaja.

Pun begitu, kesemua penonton setia naskhah ini memberikan pujian melambung terhadap plot ceritanya selain beri ‘thumbs up’ kepada para pelakon utama yang berjaya memainkan watak mereka dengan baiknya.

Walaupun dah tamat, sesiapa yang belum sempat tonton, tolonglah tengok nanti. Keserasian antara watak utama adalah sangat baik dan jalan ceritanya juga adalah sangat kuat. Saya tak bergurau apabila cakap hati saya berbunga-bunga semasa menontonnya.

 

Drama ini menguatkan lagi kenyataan bahawa Kim Dong-wook adalah seorang pelakon yang hebat, suara, emosi semuanya adalah baik. Saya boleh rasa bahawa Moon Ga-young juga adalah orang yang sangat baik. Setiap episod dipenuhi dnegan kemanisan.

 

Sedihnya sebab rating rendah. Saya seronok semasa menontonnya~ Saya sering terbayang wajah hiba Kim Dong-wook apabila mendengarkan runut bunyinya. Suka sangat!

 

Walaupun tonton drama, tetapi saya rasa seperti sedang membaca novel.

 

Drama Rabu-Khamis MBC kali ini adalah sangat baik sampaikan saya khusyuk menonton pada setiap episod. Ruginya apabila tengok ratingnya yang rendah.

 

Saya seronok menontonnya!

Alahai, seronok tengok keserasian Moon Ga-young dengan Kim Dong-wook!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...