Ikuti Kami:

Filem ‘Unlocked’ Lakonan Im Siwan & Chun Woohee Bakal Ditayangkan Februari Ini

Filem ‘Unlocked’ Lakonan Im Siwan & Chun Woohee Bakal Ditayangkan Februari Ini

Akhirnya, poster untuk filem thriller “Unlocked” sudah dikeluarkan.

Filem “Unlocked” ini mengisahkan seorang pekerja syarikat biasa yang seluruh hidupnya terancam kerana kehilangan telefon pintar yang mengandungi semua maklumat peribadinya.

Untuk maklumat korang, filem ini bergenre thriller realistik yang dibintangi oleh Im Si-wan, Chun Woo-hee dan Kim Hee-won. Filem ini juga telah menggabungkan konsep kreatif dengan penceritaan yang mampu menarik perhatian penonton.

chun woohee unlocked

Gambar yang pertama ini memaparkan Na-mi (lakonan Chun Woo-hee) sedang bercakap di telefon dengan seseorang dalam keadaan serius. Sedikit info, watak Na-mi ini merupakan seorang pekerja pejabat biasa tetapi kehidupannya menjadi kelam-kabut sejak telefon pintarnya yang mengandungi semua maklumat peribadi itu hilang.

im siwan unlocked

Dalam pada itu, Im Si-wan pula memegang watak sebagai Jun-yeong yang mengambil telefon pintar Na-mi. Dia mula mengorek segala maklumat peribadi wanita tersebut dan merampas kehidupannya. Berbanding dengan lakonannya sebelum ini, Im Si-wan perlu memberikan ekspresi dingin untuk menjayakan wataknya sebagai Jun-yeong.

kim heewon unlocked

Selain dari itu, Kim Hee-won memegang watak seorang detektif Ji-man yang mengejar Jun-yeong dengan menggunakan nalurinya sebagai seorang detektif. Dia dijangka akan menambah ketegangan pada drama itu dengan kemahiran lakonannya yang mendalam.

Korang mesti tak sabarkan? Jangan lupa untuk saksikan filem ini yang bakal ditayangkan pada 17 Februari nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...