Ikuti Kami:

Filem ‘Space Sweepers’ Lakonan Song Joongki Tunda Tayangan Buat Kali Kedua Dek Peningkatan Kes COVID-19

Filem ‘Space Sweepers’ Lakonan Song Joongki Tunda Tayangan Buat Kali Kedua Dek Peningkatan Kes COVID-19

Siapa sangka Korea kini mengalami gelombang baru COVID-19 meskipun sudah berjaya mengawalnya beberapa bulan dahulu.

Disebabkan oleh itu, kerajaan Korea Selatan telah menganjurkan langkah penjagaan yang lebih ketat buat rakyatnya. Bukan sahaja rakyat biasa yang terjejas namun industri hiburan seperti drama dan filem juga menerima tempiasnya. Mesti anda ada dengar beberapa produksi drama terpaksa menangguhkan penggambaran bagi mengelakkan risiko jangkitan pada kesemua kakitangan dan pelakon.

Kalau anda nak tahu, “Space Sweepers” berlatar belakangkan tahun 2092 di mana manusia boleh merayau di angkasa lepas dengan sewenangnya. Filem ini membawa kisah mengenai kru nakal dalam kapal angkasa ‘Victory’ yang mengutip sampah angkasa dan menjualnya bagi mendapatkan keuntungan lumayan.

filem space sweepers

Walaupun panggung wayang sudah pun kembali dibuka tapi khabarnya ia kini diambang penutupan bagi mematuhi langkah pencegahan COVID-19 ini. Oleh itu, filem “Space Sweepers” lakonan Song Joong-ki dan Kim Tae-ri terpaksa menunda tarikh tayangan perdana buat kali kedua selepas menangguhnya pada musim panas lalu.

Walaupun ‘Space Sweepers’ sepatutnya ditayangkan pada 23 September, kini akan ditunda sementara disebabkan situasi penularan COVID-19 kini. Kami akan mengumumkan tarikh tayangan baru selepas memantau keadaan semasa. Kami meminta semua orang faham selain mengharapkan situasi ini dapat dikawal secepat mungkin.

Semoga kes COVID-19 di Korea dapat dikawal secepat mungkin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...