Ikuti Kami:

Filem Song Jihyo Ditolak Daripada Promosi, Penonton Puji Ahli ‘Running Man’ Bantu Hebahkan Mengenainya!

Filem Song Jihyo Ditolak Daripada Promosi, Penonton Puji Ahli ‘Running Man’ Bantu Hebahkan Mengenainya!

Kalau anda nak tahu, apabila sesuatu drama atau pun filem akan diriliskan, para pelakon utama selalunya akan menghebahkan hal tersebut kepada orang ramai dengan menjadi tetamu dalam mana-mana rancangan hiburan popular.

Sama juga apabila para pelakon utama filem “Innocence” yang hadir sebagai tetamu jemputan dalam program popular “Running Man” baru-baru ini. Filem ini akan ditayangkan pada Mac ini dan kebetulan pula filem terbaru lakonan Song Jihyo iaitu “The Intruder” juga akan ditayangkan pada waktu yang lebih kurang sama.

Yang kelakarnya apabila Jihyo mendapat tahu bahawa filemnya akan dikeluarkan pada waktu yang lebih kurang sama dengan filem lakonan Shin Hyesun dan Baek Jongok, terus keluar persona ‘Jihyo, Si Jahat’. Wanita itu juga menjerit nama Kim Mooyeol iaitu pelakon gandingannya dalam “The Intruder” dan menyuruh dia datang ke “Running Man” untuk mempromosikan naskhah mereka.

song jihyo the intruder dan running man

Tak lama selepas itu, Yoo Jaesuk mendedahkan satu kisah sedih yang dikongsikan oleh Jihyo semasa mereka dalam perjalanan ke set penggambaran lain. Rupanya terdapat suatu program yang tidak didedahkan namanya yang telah menolak filem Jihyo dan Mooyeol dan memilih untuk mempromosikan filem Shin Hyesun dan Baek Jongok sahaja. Jihyo menunjukkan muka sedih manakala Jaesuk menceritakan ayat sendu yang dikeluarkan oleh ahli “Running Man” tersebut selepas cerita sedihnya.

Saya tak akan promosikan filem ini (‘The Intruder’).

Sedih betul! Tapi Jaesuk menjelaskan bahawa selalunya apabila ada dua filem keluar pada waktu yang sama, saluran televisyen terpaksa memilih untuk promosikan satu filem sahaja atas kekangan produksi.

song jihyo the intruder dan running man

Pun begitu, ahli “Running Man” yang lain menunjukkan sokongan yang sangat kuat kepada kedua-dua filem “The Intruder” dan “Innocence”. Haha yang lontarkan tentang filem “The Intruder” pada awalnya, Jaesuk yang ceritakan kisah sedih mengenai filem Jihyo itu dan juga Kwangsoo yang menjerit mengatakan bahawa kedua-dua filem akan berjaya.

song jihyo the intruder dan running man

Rata-rata netizen yang mendengarkan kisah Jihyo ini meluahkan rasa sedih kerana filem “The Intruder” ditolak daripada dipromosikan oleh satu rancangan televisyen lain. Tapi mereka juga memuji ahli “Running Man” yang lain kerana membantu menghebahkan mengenai filem Jihyo walaupun sepatutnya tidak boleh.

Kedua-dua trailer filem “Innocence” dan “The Intruder” nampak best! Jadi anda pun boleh tonton apabila ia diriliskan pada bulan Mac nanti.

Sumber: MyDaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...