Ikuti Kami:

Filem Lakonan Song Joongki ‘Space Sweepers’ Sah Bakal Tayang Di Netflix

Filem Lakonan Song Joongki ‘Space Sweepers’ Sah Bakal Tayang Di Netflix

Selepas hanya khabar angin berterbangan, akhirnya Netflix mengesahkan bahawa “Space Sweepers” bakal menemui penonton menerusi laman penstriman popular Netflix.

Kalau anda nak tahu, “Space Sweepers” berlatar belakangkan tahun 2092 di mana manusia boleh merayau di angkasa lepas dengan sewenangnya. Filem ini membawa kisah mengenai kru nakal dalam kapal angkasa ‘Victory’ yang mengutip sampah angkasa dan menjualnya bagi mendapatkan keuntungan lumayan. Mereka kemudiannya terjumpa dengan robot manusia ‘Dorothy’ yang mampu menghancurkan alam semesta dan menjalani pertukaran yang berbahaya.

netflix space sweepers

Dua kali tayangan perdana ditangguhkan dek wabak COVID-19, akhirnya “Space Sweepers” bakal ditayangkan juga tak lama lagi.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai tayangan filem ini nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...