Ikuti Kami:

Filem Blockbuster Angkasa Lepas Pertama Korea, Tonton ‘Space Sweepers’ Di Netflix Kini

Filem Blockbuster Angkasa Lepas Pertama Korea, Tonton ‘Space Sweepers’ Di Netflix Kini

Netflix sememangnya terkenal kerana sering mengeluarkan kandungan filem dan drama terbaik. Bahkan peminat naskhah Korea juga kian tertumpu di laman penstriman popular ini bagi mendapatkan sajian projek yang terbaik.

Salah satu daripadanya ialah filem angkasa lepas “Space Sweepers”. Bagi menaikkan lagi jangkaan penonton, kami di KimchiDaily diberi peluang untuk menemu ramah barisan pelakon utamanya iaitu Song Joong-ki, Kim Tae-ri, Jin Seon-kyu dan Yoo Hae-jin serta pengarah Jo Sung-hee.

netflix space sweepers

Kredit foto: Netflix

Sinopsis ringkas

Kapal angkasa Victory’ ialah sebuah kapal yang mengutip sampah dan serpihan barangan daripada angkasa lepas. Ianya dikemudi oleh juruterbang genius Tae-ho (Song Joong-ki), bekas lanun angkasa yang misteri Kapten Jang (Kim Tae-ri), jurutera kapal angkasa Tiger Park (Jin Sun-kyu) dan robot tentera yang sudah diprogramkan semula Bubs (Yoo Hae-jin). Selepas berjaya merampas satu kapal usang, kru Victory terjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan ‘Dorothy’ yang berusia 7 tahun. Kemudiannya, mereka sedar bahawa dia ialah robot manusia yang dicari oleh UTS Space Guards dan memutuskan untuk meminta wang tebusan daripada mereka.

Blokbuster angkasa lepas pertama Korea

Menjawab mengenai persoalan sama ada para pelakon berasa terbeban dengan gelaran tersebut, Song Joong-ki malah meluahkan rasa teruja dapat menyertai filem ini memandangkan ia membuatkan dia seperti kembali ke zaman kanak-kanak.

Kata Kim Tae-ri pula, biasanya orang akan membayangkan filem Hollywood apabila mendengar perkataan ‘sci-fi’ tapi “Space Sweepers” merupakan naskhah seperti apa yang dibayangkannya sekiranya ia diterbitkan di Korea.

netflix space sweepers

Kredit foto: Netflix

Persona perkasa Kim Tae-ri, satu-satunya wanita dalam kru ‘Victory’

Khabarnya, ramai rakan-rakan dan penonton meluahkan rasa teruja apabila melihat Kim Tae-ri membawa watak Kapten Jang yang kelihatan sangat ‘tough’. Jelas pelakon wanita itu, dia sendiri merasakan karisma yang hebat watak tersebut semasa membaca deskripsi karakternya.

Apabila ditanya kepada pengarah, mengapa dia memilihnya untuk melakonkan watak tersebut sedangkan fizikalnya yang kecil, ini jawapan yang diterimanya.

Terdapat kuasa dalam mengelak daripada sesuatu yang biasa dilihat. Bahkan kalau anda perasan, Kapten Jang sering menyarungkan t-shirt yang sangat berwarna-warni dan comel.

netflix space sweepers

Kredit foto: Netflix

Lakonan tersendiri Bubs oleh Yoo Hae-jin

Menariknya mengenai watak robot ini, lakonan pergerakannya dilakukan sendiri oleh Yoo Hae-jin dan bukannya menggunakan khidmat profesional lain. Bahkan pelakon berbakat itu sendiri mengaku bahawa dia tidak cuba untuk meniru mana-mana lakonan robot daripada naskhah lain tetapi berusaha untuk memberikan nafas tersendiri kepada Bubs.

Walaupun Bubs ialah robot yang dibuat daripada besi, tetapi dia mempunyai perasaan.

Kisah unik pembersih angkasa lepas

Jelas Jin Seon-kyu, “Space Sweepers” adalah unik kerana angkasa lepas yang sering digambarkan sebagai sesuatu yang sangat luas dan jauh dalam naskhah lain nampak dekat sahaja di dalam filem ini.

Tambahnya, kisah pembersih angkasa lepas ini yang nampak ringkas sebenarnya adalah hebat dan mengagumkan apabila anda saksikan babak permulaan filem ini nanti.

netflix space sweepers

Kredit foto: Netflix

Yoo Hae-jin pula menambah bahawa naskhah angkasa lepas yang ditayangkan sebelum ini membuatkan ianya nampak menakjubkan diiringi teknologi dahsyat tetapi “Space Sweepers” menampilkan pelbagai situasi yang mudah didekati oleh penonton

Anda boleh lihat alatan yang biasa digunakan di bumi malah stokin berlubang. Jadi, saya rasa ia merupakan antara kekuatan filem ini selain menjadi titik perbezaan daripada naskhah lain.

Menarik kan filem ini? Jadi, pastikan anda terus serbu menonton “Space Sweepers” di Netflix sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...