Ikuti Kami:

Filem #ALIVE Mengganas! Catat 1 Juta Jumlah Penonton Dalam Masa 5 Hari Tayangan Sahaja

Filem #ALIVE Mengganas! Catat 1 Juta Jumlah Penonton Dalam Masa 5 Hari Tayangan Sahaja

Filem #ALIVE lakonan Yoo Ah-in dan Park Shin-hye kian mengganas meskipun baru sahaja bertemu dengan penonton tidak sampai seminggu!

Bukan biasa-biasa, Majlis Filem Korea mengumumkan secara rasmi bahawa filem zombi ini sudah meraih 1,180,200 jumlah penonton dalam masa 5 hari tayangan sahaja. Hebat betul!

Naskhah ini nyata berjaya menjadi tajuk utama selepas tayangan awalnya kerana merekodkan jumlah penonton tertinggi sejak Korea Selatan mengumumkan amaran dek wabak COVID-19. Seperti negara lain, panggung wayang menerima impak yang hebat sehingga terpaksa ditutup sehingga berbulan-bulan lamanya di negara itu. Namun kini tempat hiburan itu sudah pun mula dibuka sedikit demi sedikit.

filem #ALIVE raih 1 juta penonton

Dengan penutupan panggung wayang ini menjadikan #ALIVE sebagai filem yang ditayangkan selepas 23 Februari sebagai naskhah pertama melepasi garisan 1 juta penonton. Bahkan ia berjaya mengalahkan filem “Honest Candidate” (7 hari) dan “Closet” (11 hari) sebagai filem terpantas mencipta rekod hebat ini. Kedua filem tersebut ditayangkan sebelum Februari 2020.

“#ALIVE” ialah sebuah kisah survival thriller di mana Seoul tiba-tiba dilanda wabak penyakit misteri yang menyebabkan sesiapa dijangkiti akan menyerang orang lain. Semakin penyakit itu menular, semakin ramai yang terperangkap di dalam rumah masing-masing tanpa akses internet, aplikasi mesej dan panggilan telefon. Joon-woo (Yoo Ah-in) dan Yoo-bin (Park Shin-hye) merupakan antara yang terselamat daripada serangan tersebut namun kini terperangkap dalam bandar berbahaya itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...