Ikuti Kami:

Filem ‘#ALIVE’ Lakonan Yoo Ahin & Park Shinhye Catat Jumlah Penonton Tertinggi Sejak COVID-19 Melanda Korea

Filem ‘#ALIVE’ Lakonan Yoo Ahin & Park Shinhye Catat Jumlah Penonton Tertinggi Sejak COVID-19 Melanda Korea

Rupanya perjudian untuk menggandingkan Park Shin-hye dan Yoo Ah-in dalam filem zombi “#ALIVE” nyata membuahkan hasil kerana ianya terus melonjak naik ke tangga teratas box office Korea sejak awal tayangannya.

Pada 25 Jun, Majlis Filem Korea mengumumkan secara rasmi bahawa filem zombi ini telah merekodkan seramai 204,701 penonton pada hari pertama tayangannya kelmarin. Malah pada pagi ini, nombor itu telah meningkat kepada 208,077.

Ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan kerana ia meletakkan “#ALIVE” sebagai filem dengan jumlah penonton terbanyak daripada lambakan filem lain sejak Korea Selatan mengumumkan amaran berwaspada kerana pandemik COVID-19 pada Februari lepas.

filem #ALIVE

Lebih mengagumkan kerana filem gandingan Yoo Ah-in dan Park Shin-hye ini turut merekodkan jumlah penonton tertinggi untuk tahun ini selepas filem “The Man Standing Next” mencatatkan 252,058 jumlah penonton pada hari pertama tayangannya semasa Januari lalu.

“#ALIVE” ialah sebuah kisah survival thriller di mana Seoul tiba-tiba dilanda wabak penyakit misteri yang menyebabkan sesiapa dijangkiti akan menyerang orang lain. Semakin penyakit itu menular, semakin ramai yang terperangkap di dalam rumah masing-masing tanpa akses internet, aplikasi mesej dan panggilan telefon. Joon-woo (Yoo Ah-in) dan Yoo-bin (Park Shin-hye) merupakan antara yang terselamat daripada serangan tersebut namun kini terperangkap dalam bandar berbahaya itu.

Tahniah kepada seluruh pelakon dan kakitangan yang berusaha menjayakan filem “#ALIVE”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...