Ikuti Kami:

EXO Pecah Rekod Peribadi, MV ‘Don’t Fight The Feeling’ Raih 20 Juta Tontonan Dalam 20 Jam

EXO Pecah Rekod Peribadi, MV ‘Don’t Fight The Feeling’ Raih 20 Juta Tontonan Dalam 20 Jam

Rasanya EXO-L sedang bergembira dan tak mampu melawan perasaan selepas EXO melakukan comeback dengan album istimewa kelmarin!

Bertajuk “Don’t Fight The Feeling”, lagu utama ini sama dengan judul album berkenaan. Meskipun hanya mengandungi 5 lagu termasuklah, “No Matter”, “Paradise”, “Runaway” dan “Just As Usual” namun ianya sudah cukup buat para peminat untuk melepaskan rindu terhadap kumpulan idola berkenaan.

Lebih bermakna kerana khabarnya album ini dihasilkan atas permintaan Xiumin (Kim Min-seok) dan D.O. (Do Kyung-soo) yang baru sahaja selesai menamatkan perkhidmatan ketenteraan baru-baru ini sekaligus tidak berpeluang untuk menyertai album ke-6 EXO iaitu “Obsession” pada penghujung 2019.

Mungkin disebabkan rindu yang teramat, muzik video “Don’t Fight The Feeling” telah mencapai jumlah tontonan melebihi 20 juta tontonan dalam masa 20 jam lantas memecahkan rekod peribadi kumpulan itu.

Tahniah EXO-L dan juga EXO! Lagi best kalau Suho dan Chen boleh sertai album ini sekali kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...