Ikuti Kami:

Episod Terakhir Minggu Ini, Keluarga JamJam Sah Tinggalkan ‘Superman Returns’

Episod Terakhir Minggu Ini, Keluarga JamJam Sah Tinggalkan ‘Superman Returns’

Sedihnya apabila mengetahui bahawa salah satu keluarga tetap dalam “Superman Returns” iaitu JamJam serta Moon Hee-jun (bapa) dan So-yul (ibu) bakal meninggalkan rancangan itu selepas 1 tahun 2 bulan bersama.

Bahkan minggu ini adalah episod terakhir yang bakal menampilkan keluarga comel itu! Kalau anda nak tahu, JamJam merupakan antara kanak-kanak kesayangan ramai dalam program asuhan tersebut disebabkan oleh telatahnya yang comel. Malahan interaksi kelakarnya dengan anak Gary iaitu Haoh juga sering mencairkan hati penonton.

jamjam tinggalkan superman returns

Bakal ke udara pada 9 Ogos ini, Moon Hee-jun, So-yul dan JamJam telah merakamkan satu episod yang istimewa khas buat penonton. Daripada video pendek yang dimuat naik oleh pihak produksi “Superman Returns”, kesemua ahli keluarga itu telah menyarungkan pakaian yang gah bagi menyambut hari terakhir mereka.

Mesti ramai yang akan rindu JamJam nanti! Jangan risau kerana slot mereka bakal digantikan oleh keluarga pemain bola sepak Park Joo-ho yang berehat seketika sebelum ini kerana isterinya yang bersalin anak ketiga. Lebih menggembirakan kerana Na-eun dan Gun-hoo bakal disertai oleh adik baru mereka, Jin-woo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...