Ikuti Kami:

Episod Pertama Tanpa Kwangsoo, ‘Running Man’ Tetap Menyengat Sehingga Penonton Gelak Pecah Perut!

Episod Pertama Tanpa Kwangsoo, ‘Running Man’ Tetap Menyengat Sehingga Penonton Gelak Pecah Perut!

Peminat “Running Man” pasti mengetahui bahawa salah seorang ahlinya iaitu Lee Kwangsoo terpaksa berehat seketika kerana pergelangan kakinya yang patah disebabkan oleh kemalangan kereta. Selepas mendengar berita sedih itu, kebanyakan penonton melahirkan rasa risau mereka sekiranya ahli lain tidak dapat mewujudkan suasana yang kelakar semasa penggambaran episod akan datang. Seperti yang semua tahu, Kwangsoo merupakan satu entiti yang penting dalam rancangan hiburan tersebut.

lee kwangsoo berehat seketika daripada running man

Tanggal 8 Mac yang lepas menandakan tayangan episod “Running Man” tanpa kehadiran Kwangsoo. Pada awal episod itu, kesemua ahli rancangan tersebut telah meluahkan rasa sedih mereka dengan insiden malang yang menimpa pelakon tinggi lampai itu. Haha juga menambah bahawa lelaki tersebut kerap menghubunginya bagi memberitahu tentang keadaannya, mungkin kerana rasa bersalah tidak dapat mentertai mereka untuk beberapa episod akan datang.

Walaubagaimanapun ketiadaan Kwangsoo sedikit pun tidak menjejaskan episod “Running Man” baru-baru ini, berbeza dengan telahan ramai penonton. Ahli yang lain nampaknya berusaha keras bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh lelaki tersebut. Bahkan daripada awal episod lagi, mereka dah isi dengan banyak babak kelakar.

1. Tarian Kang Taeoh yang kelakar habis!

running man kelakar

2. Adegan mesra Somin dan Sechan kejutkan ahli lain

running man kelakar

3. Jihyo keluar kepompong dengan tarian ‘Any Song’

running man kelakar

Kuiz untuk misi terakhir mereka turut menyebabkan penonton gelak pegang perut! Ditambah pula dengan tetamu yang ‘sporting’ habis jadi semakin kelakarlah episod kali ini. Kebanyakan penonton juga memuji Jihyo yang merupakan bintang untuk episod kali ini sekaligus membuktikan bahawa wanita itu bukanlah malas seperti apa yang dikatakan peminat anti sebelum ini.

Diharapkan momentum “Running Man” berterusan untuk episod yang akan datang juga supaya dapat menaikkan lagi keriuhan sama seperti ketika Kwangsoo ada bersama mereka.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...