Baru sahaja satu episod tayangan tetapi drama “Mr. Queen” bermula dengan impak yang hebat!
Naskhah ini ialah sebuah drama bersejarah fusion di mana ia menceritakan kisah seorang lelaki daripada dunia moden terperangkap dalam badan seorang permaisuri di Dinasti Joseon.
Pada 12 Disember, tayangan perdana drama baru itu dilaporkan terus melonjak ke rating no.1 bagi slot tersebut. Menurut Nielsen Korea, episod pertama “Mr. Queen” meraih purata rating sebanyak 8.0% sekaligus menduduki tempat pertama bagi seluruh saluran kabel.
Menggantikan drama “Start-Up” yang tamat pada minggu lepas, “Mr. Queen” terus meraih rating yang tinggi dibandingkan dengan rekod drama tersebut. Bukan itu sahaja, ia turut menduduki tangga kedua sebagai rating tayangan perdana tertinggi dalam sejarah tvN di mana tempat pertamanya masih digenggam erat oleh “Mr. Sunshine” yang ditayangkan pada 2018.
Dengan ini, terbukti bahawa ramai yang sukakan drama lakonan Shin Hye-sun dan Kim Jung-hyun berjaya menarik perhatian ramai.
Korang ada yang dah tonton ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.