Ikuti Kami:

Episod ‘Lovestruck In The City’ Ditambah, Episod Terakhir Bakal Beri ‘Hint’ Plot Musim Kedua

Episod ‘Lovestruck In The City’ Ditambah, Episod Terakhir Bakal Beri ‘Hint’ Plot Musim Kedua

Mungkin disebabkan popularitinya, drama “Lovestruck In The City” dikhabarkan bakal ditambah lagi satu episod daripada perancangan asalnya.

Drama ini menceritakan kisah cinta di dalam bandar urban yang kompleks. Ji Chang-wook akan membawa watak Park Jae-won iaitu seorang arkitek yang ghairah dan jujur. Dia suka berjalan di lorong kecil dalam bandar dan mengumpul pelbagai benda. Lelaki itu juga tidak pernah melupakan wanita yang mencuri hatinya dan kemudiannya menghilangkan diri.

choi minho

Untuk episod ke-17 yang bakal ditayangkan pada 16 Februari nanti, difahamkan penonton akan disajikan dengan kisah romantik pegawai polis Oh Dong-shik (Choi Min-ho) yang dikenali sebagai ‘penangkap pencuri kamera’ pula. Malah kisah itu juga akan jadi pemangkin kepada musim kedua drama ini nanti.

Seronoklah dapat lihat lama lagi drama ini, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...