Ikuti Kami:

Episod Awal ‘When My Love Blooms’ Dapat Pujian, Buat Penonton Imbau Kenangan Cinta Pertama

Episod Awal ‘When My Love Blooms’ Dapat Pujian, Buat Penonton Imbau Kenangan Cinta Pertama

Asyik tengok drama yang menyebabkan stres dan tekanan (bisik “The World Of The Married”) sahaja, sudah pasti ramai yang mahu merehatkan minda serta jiwa dengan drama yang lebih santai dan menggamit jiwa. Apa kata anda cuba tonton drama yang baru mula ditayangkan di tvN bertajuk “When My Love Blooms”.

Sinopsis ringkas

Han Jae-hyun (Yoo Ji-tae) merupakan seorang lelaki yang berusia 40-an dan dia adalah seorang ahli perniagaan yang kacak, bercita-cita tinggi dan kaya. Walaupun nampak gah, dia sebenarnya merupakan seorang yang sering melakukan protes semasa masih lagi pelajar pada usia 20-an. Pada ketika itu, hatinya dipunyai oleh seorang wanita bernama Yoon Ji-soo (Lee Bo-young) dan selepas beberapa dekad, lelaki itu berjumpa kembali dengan cinta pertamanya itu.

episod pertama when my love blooms

Yoo Ji-soo ialah seorang wanita berusia 40-an dan merupakan seorang ibu tunggal yang hanya bekerja kontrak. Wanita ini mula hidup susah bersama anaknya selepas bercerai. Dia dihimpit kesusahan apabila terpaksa akur dengan syarat di mana dia perlu melepaskan segala pemberian nafkah sekiranya mahu terus menjaga anak lelakinya yang seorang itu.

Selepas hampir 20 tahun, bekas pasangan kekasih ini bertemu kembali dan cinta mula berputik di antara mereka. Namun isteri Jae-hyun iaitu Jang Seo-kyung (Park Si-yeon) mula menjadi obses dengan suaminya apabila mendapat tahu hati lelaki tersebut sentiasa dimiliki oleh orang lain.

Penonton beri respons positif

Rating yang dicatatkan oleh “When My Love Blooms” boleh tahan baik lantas menunjukkan bahawa ramai yang memberikan perhatian kepada naskhah baru ini. Untuk episod pertamanya, purata rating yang diraih bagi seluruh negara ialah 5.4% manakala episod keduanya pula melihatkan sedikit penurunan iaitu 4.4%.

episod pertama when my love blooms

Naskhah melodrama ini ternyata berjaya membawa penonton menelusuri kisah cinta yang matang dan romantik walaupun disulam dengan perasaan sedih melihat keadaan Yoon Ji-soo yang hidup susah kerana kehidupan yang memaksa. Rata-rata penonton mula mengimbau kenangan cinta pertama mereka selepas melihat drama “When My Love Blooms” ini.

Drama ini best… Lakonan Lee Bo-young dan Yoo Ji-tae sangatlah meyakinkan.. Jantung saya mula berdebar-debar dan berbunga apabila melihat air mata Lee Bo-young…

 

Melihatkan hujan bunga mengiringi zaman muda, kemudiannya babak itu membawa kepada masa kini dan mendengarkan Yoo Ji-tae sebut ‘Saya dah jumpa awak, Ji-soo’, kenapa saya rasa seperti nak menangis. Lakonan kedua pelakon ini yang tenang dan selamat sangatlah menyeronokkan.

 

Rasa macam sedang menonton filem…

 

Yoo Ji-tae, membawa watak seseorang yang menyimpan memori terindah mengenai cinta pertamanya dalam dada membuatkan babak tersebut nampak sedih. Drama ini sangat menyeronokkan kerana ia membuatkan saya teringatkan kisah lalu.

 

Apakah drama ini sampai ianya membuatkan hati saya berasa sesuatu? Sangatlah berlainan dengan drama ‘The World Of The Married’.

Rasa nak selongkar kembali kisah cinta zaman sekolah, boleh tonton drama “When My Love Blooms” pada setiap hari Sabtu dan Ahad di saluran tvN!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...