Ikuti Kami:

Episod Awal ‘To All The Guys Who Loved Me’ Catat Rating Terbaik Buat Slot Isnin-Selasa KBS Bagi Tahun 2020

Episod Awal ‘To All The Guys Who Loved Me’ Catat Rating Terbaik Buat Slot Isnin-Selasa KBS Bagi Tahun 2020

Meskipun “Mystic Pop-Up Bar” baru sahaja tamat, ratu komedi romantik iaitu Hwang Jung-eum kini kembali dengan drama baru iatu “To All The Guys Who Loved Me” di bawah saluran KBS.

Sinopsis ringkas

Seo Hyun-joo (Hwang Jung-eum) yang merupakan seorang ketua pengurus untuk sebuah webtoon. Dia sangat teliti dengan kerjanya dan kesemua pelukis di bawahnya berjaya mendapat tempat pertama kerana usahanya yang jitu. Walaupun ramai yang tak suka dengan sikap telitinya itu tetapi mereka tetap mahukan pertolongan wanita tersebut. Beruntung dalam aspek kerjaya, tetapi dia mempunyai nasib yang sangat malang dalam aspek percintaan dan memilih untuk hidup solo.

episod pertama to all the guys who loved me

Hwang Ji-woo (Yoon Hyun-min) ialah seorang CEO kepada syarikat farmaseutikal. Disebabkan dia kedekut senyuman dan nampak bengis, lelaki itu susah dibaca oleh orang lain sejak daripada kecil lagi. Park Do-gyeom (Seo Ji-hoon) pula ialah seorang penulis komik popular dan merupakan seorang yang sangat suka bersosial Membesar di samping Hyun-joo, namun wanita itu tidak sedar bahawa lelaki itu sudah lama menyimpan perasaan padanya.

Rating tertinggi bagi slot Isnin-Selasa tahun 2020

Menurut Nielsen Korea, episod perdana drama yang diterajui Yoon Hyun-min dan Hwang Jung-eum ini berjaya merekodkan rating sebanyak 2.7% dan 3.9%. Manakala episod keduanya menampakkan sedikit peningkatan di mana catatannya ialah 2.7% dan 4.4%.

Meskipun nampak seperti biasa sahaja, tetapi ini adalah catatan terbaik buat slot tayangan drama Isnin-Selasa di bawah saluran KBS selepas merekodkan buruk sepanjang tahun ini. Di mana sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh “Born Again” yang hanya mampu mencatatkan rekod tertinggi iaitu 4.1% semasa tayangannya.

episod pertama to all the guys who loved me

Nekad dengan pegangan hidupnya untuk tidak melibatkan diri dengan cinta, prinsip Hyun-joo mula goyah apabila Hwang Ji-woo mula terjebak ke dalam hidupnya. Tak cukup dengan itu, Park Do-gyeom berterusan mendampingi wanita tersebut dek cinta tidak berbalasnya. Dapatkah Hyun-joo menepis godaan dua lelaki ini dan meruntuhkan tembok hatinya yang keras?

Sama-sama kita saksikan “To All The Guys Who Loved Me” pada setiap Isnin dan Selasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...