Ikuti Kami:

Episod Awal ‘Start-Up’ Raih Rating Baik, Plot & Sinematografi Memukau Dibanjiri Pujian Penonton

Episod Awal ‘Start-Up’ Raih Rating Baik, Plot & Sinematografi Memukau Dibanjiri Pujian Penonton

Ramai yang rasanya dah tak sabar menantikan benarkah bahawa drama “Start-Up” sehebat seperti apa yang dicanangkan oleh produksinya. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya drama tersebut telah pun memulakan tayangannya dua hari lepas.

Sinopsis ringkas

Kisah usahawan muda berbakat mengecapi impian mereka dalam dunia realiti dan bersaing untuk kejayaan dan cinta dalam dunia industri teknologi maju Korea yang kejam tanpa belas kasihan.

Nam Do-san (Nam Joo-hyuk) ialah penaung kepada Samsan Tech dan merupakan pakar matematik ketika kecil. Lelaki ini yang merupakan kebanggaan keluarga sebelum ini kini kini dikatakan hanya memalukan mereka kerana perniagannya yang merudum sejak dua tahun lalu. Dia kemudiannya mendapat tahu bahawa Dal-mi (Suzy) tersalah anggap bahawa dia adalah cinta pertamanya dan membuat keputusan untuk kembali berada di atas bagi mengubah salah faham itu kepada realiti.

tvn start-up

Dapat ‘thumbs-up’ daripada penonton

[Amaran SPOILER]

Meskipun baru 2 episod ditayangkan, namun penonton meluahkan rasa puas hati dengan episod pengenalan “Start-Up”. Tapi yang ‘menyakitkan’ ialah apabila ayah Seo Dal-mi yang dilakonkan oleh Kim Joo-hun membuatkan ramai yang menangis kerana usahanya untuk mencapai kejayaan demi keluarganya. Lebih menghibakan apabila lelaki itu menemui ajalnya sebelum sempat untuk memberikan kebahagiaan kepada isteri dan dua orang anak perempuannya.

episod awal start-up

Daripada awal lagi, penonton sepertinya sudah dapat mengagak kesakitan yang bakal dialami oleh Han Ji-pyung (Kim Seon-ho) apabila Dal-mi menyangkakan bahawa surat yang diterimanya dahulu adalah daripada Nam Do-san (Nam Joo-hyuk) dan bukan dirinya. Menusuk betul apabila melihat hubungan rapat lelaki itu dengan nenek Dal-mi dan dia yang hanya mampu memandang gadis tersebut daripada jauh kerana Dal-mi yang tidak menyedari identitinya yang sebenar.

episod awal start-up

Banyak lagi sebenarnya yang perlu dirungkaikan, terutamanya apa yang membuatkan hubungan adik-beradik di antara Dal-mi dan Won In-jae (Kang Han-na) menjadi keruh selain adakah Nam Do-san mampu terus berlakon sebagai cinta pertama gadis itu.

[SPOILER Tamat]

Episod awal menarik

Mungkin drama ini ada sedikit momen klise, namun hal tersebut langsung tidak meragut perhatian penonton daripada terus menontonnya sehingga ke sudah. Bahkan semuanya memberikan ‘thumbs up’ kepada episod awal “Start-Up” dan tak sabar untuk melihat perkembangan ceritanya dan percambahan hubungan di antara kesemua watak utama.

episod awal start-up

Bahkan semua memuji sinematografi yang ditampilkan oleh drama ini sebagai menarik dan mengujakan. Hal ini membuatkan drama itu menjadi ekstra seronok! Bukan itu sahaja, “Start-Up” berjaya meraih rating yang baik pada episod awalnya iaitu 4.4% dan 5% meskipun sedikit menurun pada episod kedua iaitu 4.3% dan 4.7%.

Jangan lupa saksikan drama “Start-Up” di Netflix pada setiap Sabtu dan Ahad!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...