Ikuti Kami:

Episod Awal Raih Rating Tinggi, Penonton Puji Plot ‘Sisyphus: The Myth’ Memukau

Episod Awal Raih Rating Tinggi, Penonton Puji Plot ‘Sisyphus: The Myth’ Memukau

Lama dinantikan, akhirnya drama yang dijanjikan bakal membawa kelainan dalam dunia K-Drama iaitu “Sisyphus: The Myth” sudah pun memulakan tayangannya kelmarin.

Sinopsis ringkas

Drama misteri fantasi ini memberi fokus kepada jurutera genius Han Tae-sool (Cho Seung-woo) yang menjalani pengembaraan dahsyat dalam membongkar kebenaran dan si penyelamat Kang Seo-hae (Park Shin-hye) yang menjalani laluan yang berliku dan berbahaya untuknya.

jtbc sisyphus: the myth

Permulaan yang menggemparkan

[Amaran SPOILER]

“Sisyphus: The Myth” nyata berjaya memukau penonton daripada babak awal episod pertama lagi apabila menyajikan insiden kapal terbang terhempas. Dengan sinematografi yang sempurna, ianya membuatkan penonton terus setia menonton sehingga ke penghujung episod.

Meskipun lebih banyak babak aksi dan mendebarkan, namun naskhah ini tidak lupa untuk menyelitkan beberapa adegan kelakar untuk menghiburkan penonton. Malah lakonan Park Shin-hye sebagai seorang wanita ‘gagah’ dan Cho Seung-woo sebagai si genius yang sangat meyakinkan membuatkan plot awalnya menarik.

jtbc sisyphus: the myth

Rating ‘wow’

Disebabkan episod awalnya padat dengan misteri dan rahsia yang mendebarkan, “Sisyphus: The Myth” telah mengaut rating yang baik sebagai permulaan. Baru sahaja satu episod, ia sudah pun melepasi garisan rating 5% iaitu dengan catatan 5.068%. Malah ianya terus menaik dengan baik apabila episod keduanya berjaya meraih rating sebanyak 6.677%.

Siapa yang minat drama misteri dan aksi, memang patut layan “Sisyphus: The Myth”. Tak payah cari jauh, dekat Netflix pun ada!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...