Ikuti Kami:

Episod Awal Catat Rating Memuaskan, Permulaan ‘Law School’ Dipenuhi Misteri & Rahsia

Episod Awal Catat Rating Memuaskan, Permulaan ‘Law School’ Dipenuhi Misteri & Rahsia

Drama perundangan sebenarnya merupakan antara yang tema yang menjadi kegilaan peminat K-Drama. Dan nampaknya “Law School” mungkin akan mencipta fenomena baru dalam genre tersebut nanti.

Sinopsis ringkas

Drama ini membawa penonton menyelongkar kebenaran disebalik kes pembunuhan seorang profesor di fakulti perundangan. Disebabkan oleh tragedi itu, tenaga pengajar dan pelajar di fakulti itu telah menjadi suspek utama sebagai dalang pembunuhan tersebut. Naskhah ini akan menonjolkan setiap watak cuba menggunakan undang-undang dan keadilan dalam mencari pembunuh sebenar.

[Amaran SPOILER]

Episod awal menggusarkan

“Law School” nyata tidak menghampakan apabila dua episod pertamanya berjaya membuatkan penonton pening dan berharap agar episod baru cepat ditayangkan. Pembunuhan pendakwa raya Seo Byung-joo (Ahn Nae-sang) kononnya kerana penggunaan dos dadah berlebihan telah membuatkan fakulti perundangan menjadi huru-hara.

jtbc law school

Ditangkap sebagai suspek kerana bukti yang ada, Profesor Yang Jong-hoon (Kim Myung-min) memulakan misi untuk membongkar siapakah dalang sebenarnya. Bahkan setiap daripada pelajarnya seperti menyimpan rahsia tersendiri terutamanya Han Joon-hwi (Kim Bum) yang digambarkan sebagai antara ‘suspek utama’ dalam kes ini.

“Law School” mungkin sedikit mengelirukan memandangkan ia banyak menggunakan terma khusus dalam perundangan namun ianya langsung tidak menghalang penonton daripada khusyuk menghayatinya. Malah pelbagai klu dan kes lama yang dikaitkan pada saban episod membuatkan ianya lebih menarik dan penonton sepertinya turut menyertai permainan teka-teki ini.

jtbc law school

Rating awal memuaskan

Bagi drama yang ditayangkan di saluran kabel, rating awal dicatatkan oleh “Law School” boleh tahan memberangsangkan. Meraih rating sebanyak 5.113% pada episod perdana, walaubagaimanapun drama melihatkan sedikit penurunan pada episod keduanya iaitu 4.112%.

Pun begitu, sekiranya “Law School” berjaya mengekalkan momentum mendebarkan seperti ini sehingga ke penghujungnya nanti, nescaya semakin ramai yang akan mula memberikan perhatian kepadanya pada episod akan datang.

Amacam pengalaman tonton episod awal? Syok tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...